Percutian

Budak 5 Tahun Maut Terjatuh Dari Hotel Tingkat 9 Di Iskandar Puteri, Johor

2.6K
SHARES

Malang bagi keluarga ini, percutian yang dirancang bertukar tragedi apabila anak lelakinya maut selepas terjatuh dari tingkat 9 sebuah hotel dekat Iskandar Puteri pada jam 5 petang semalam, 5 Ogos 2019.

Menurut laporan oleh Harian Metro, kanak-kanak berusia 5 tahun berkenaan dikatakan cuba menjenguk ke luar tingkap sebelum terjatuh di kawasan taman permainan di tingkat tiga hotel.

Kanak-kanak itu dikatakan cuba menjenguk ke luar tingkap sebelum terjatuh di kawasan taman permainan di tingkat tiga hotel.

Dipercayai Memanjat Sofa Dan Membuka Tingkap Sendiri

Ketika kejadian, ibu dan adik lelaki mangsa berusia tiga tahun sedang berada di dalam bilik hotel, manakala bapanya turun ke bawah untuk membeli barang.

Tambah memilukan, keluarga dari Bahrain itu dikatakan baru mendaftar masuk ke hotel itu untuk bercuti di sana pada hari tersebut.

Difahamkan, terdapat sofa di tepi tingkap bilik hotel berkenaan dan kanak-kanak itu dipercayai memanjat sofa sebelum membuka tingkap dan menjengah ke bawah.

“Secara kebetulan, bapa kanak-kanak itu menelefon isterinya untuk bertanya barang mahu dibeli, namun isterinya menangis memaklumkan kejadian menyebabkan lelaki berkenaan bergegas pulang ke hotel.

“Orang awam yang menyedari kejadian terus menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Ya, disahkan. Mayat kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

*Sumber berita: Buletin Pagi TV3, Harian Metro,

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×