Asuh

Betul Atau Tidak, Inilah 8 Situasi Yang Anda Pasti Lalui Apabila Bergelar Seorang Ayah

153
SHARES

” Ayah nak mainan ni! Ayah nak makan! Ayah jomlah main sama-sama!”
” Haish, dulu masa bujang tak payah buat semua ni”

Banyak perbezaan sebenarnya ketika berada di zaman bujang dan apabila sudah menjadi seorang ayah. Kalau dahulu, anda hanya perlu menjaga kelengkapan sendiri sahaja tetapi apabila sudah berkeluarga, perhatian yang lebih perlu diberikan kepada isteri dan anak-anak. Bagi para ayah atau bakal ayah di luar sana, anda mesti melalui situasi sebegini apabila sudah bergelar ayah. Jom kita tengok apa situasi tersebut!

1. Waktu malam yang lebih panjang

http://www.peopleiwanttopunchinthethroat.com/

http://www.peopleiwanttopunchinthethroat.com

Bagi para ayah yang suka berjaga lewat semasa zaman bujang dahulu, boleh merasa kembali situasi tersebut. Tetapi, kini anda perlu berjaga lewat kerena menjaga anak ya! Jangan terlalu mengharapkan isteri untuk melakukan semua perkara.  Anda sebagai ayah yang bertanggungjawab juga perlu membantu supaya dapat meringankan beban isteri.

2. Selalu berkunjung ke taman rekreasi

http://iscreamsundae.com/

http://iscreamsundae.com/

Kalau dahulu berkunjung ke taman rekreasi agak jarang dilakukan, kini tidak lagi. Sebenarnya, antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan bersama anak adalah dengan berkunjung ke taman rekreasi. Bila sudah berkunjung ke taman rekreasi, jangan pula lakukan aktiviti lain. Pastikan anak sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan jangan lalai.

3. Tidak akan membeli atau memakai baju berwarna putih lagi

http://www.whattoexpect.com

http://www.whattoexpect.com

Pakaian berwarna putih boleh diibaratkan seperti  kain kanvas buat anak-anak. Anda mungkin boleh mengelak dari goresan pensil warna milik mereka tetapi, anda tidak akan terlepas dari sisa dan kotoran makanan anak. Ketika memberi anak makan khususnya yang masih kecil, sudah semestinya baju anda akan mengalami kekotoran. Justeru, anda perlu elak memakai atau membeli pakaian berwarna putih lagi sehinggalah tiba waktu yang sesuai.

4. Tidak akan kesunyian

http://kotaku.com/

http://kotaku.com/

Kehidupan anda ketika bujang dahulu juga tidak selalu kesunyian. Tetapi, bila sudah berkeluarga dan mempunyai anak, ternyata semuanya berbeza. Kalau dahulu, anda boleh membaca surat khabar dengan tenang tetapi, apabila sudah mempunyai anak, segalanya dipersoalkan. Kalau boleh, jangan memarahi mereka sebaliknya jawab segala pertanyaan kerana inilah masanya untuk mereka belajar sesuatu yang baharu.

5. Selalu membeli-belah

http://www.drmommychronicles.com

http://www.drmommychronicles.com

Jika anda fikir bosan membeli belah bersama isteri, maka kini anda tidak akan bosan lagi untuk keluar membeli belah bersama anak-anak. Hal ini kerana, selain dari membeli kelengkapan rumah, anda juga perlu melayan kerenah anak yang tidak menentu ketika berada di pusat membeli belah. Jangan risau, lama kelamaan anda akan terbiasa dengan keadaan ini dan akan berasa seronok pula untuk keluar membeli belah bersama anak-anak lagi.

6.  Sensitif dengan suara anak

http://theoffparent.com/

http://theoffparent.com/

Pernah atau tidak anda berasa sangat sensitif dengan suara anak? Contohnya ketika anak memujuk untuk mendapatkan sesuatu barang yang diingini atau ketika anak menangis. Bila sudah menjadi seorang ayah, inilah situasi yang akan terjadi sama ada sedar atau tidak, anda melebihkan anak-anak lagi dari isteri.

7. Tidak boleh memandu dengan laju

http://blog.caasco.com

http://blog.caasco.com

Waktu zaman bujang dahulu, lelaki memang suka memandu dengan laju. Bila sudah berkeluarga, anda sepatutnya ubah sikap tersebut. Apabila memandu dengan anak berada di dalam kereta yang sama, had laju sangat penting untuk mengelakkan situasi buruk berlaku. Bukannya apa, anda sekarang perlu ingat bahawa bukan nyawa anda sahaja yang perlu dijaga tetapi, nyawa anak-anak juga.

8. Kerja di pejabat tidak boleh dibawa pulang

http://storiesofworld.com

http://storiesofworld.com

Kadanag-kadang kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan kerja di pejabat, jadi alternatifnya adalah dengan membawa kerja pulang ke rumah. Itu semua dahulu, sekarang anda boleh lupakan hasrat tersebut apabila sudah menjadi seorang ayah. Situasi seperti susu tertumpah dan anak menconteng atau mengoyak kertas kerja sudah menjadi kebiasaan. Jadi, selesaikan kerja dahulu di pejabat dan pulang dengan selesa.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×