Dapur

Selit Nilai Vintage & Estetik, Koleksi Peralatan Dapur Dari BRUNO Malaysia WAJIB Ada Di Rumah

bruno malaysia

Rasa macam nak beli peralatan memasak baharu di rumah? Apa kata kali ini anda perbaharui ruang dapur dengan barangan dari BRUNO Malaysia!

BRUNO ialah jenama gaya hidup Jepun yang menggabungkan kedua-dua dari reka bentuk dan fungsi barang keperluan rumah. Dikenali dengan ciri-ciri yang menakjubkan dan peralatan dapur yang kelihatan lebih retro, koleksi BRUNO merupakan tambahan yang bagus untuk dimiliki bagi sesiapa yang meminati ciri estetika vintage yang sukar ditemui zaman sekarang. Nak masak pun cantik!

BRUNO MALAYSIA ADA PELBAGAI PERALATAN MEMASAK INSPIRASI VINTAGE JEPUN!

1.Hotplate Multicooker

Bruno Malaysia

Memperkenalkan BRUNO Hotplate Multicooker yang akan menghiasi ruang makan anda dengan inspirasi reka bentuk retro
dan estetik yang bergaya! Hotplate Multicooker ini sangat menarik untuk digunakan ketika memasak pada setiap hari atau kalau ada yang nak buat open house, lagi best!

Boleh cukup untuk hidangan sebanyak 3 orang, Multicooker ini datang dalam dua saiz iaitu Compact dan Grande. Bukan itu sahaja, variasi warna yang ada pun sangat menarik iaitu dalam warna Merah, Cardamom Green, Russian Pink, Putih, Blue Gray, Beige dan Merah Jambu. Harga bermula dari RM 599 dan anda boleh dapatkan maklumat lanjut di https://bruno.my/collections/compact- hotplate

2. Grill Sand Maker

Barang dapur ini sangat cantik apabila diletakkan di meja makan kerana mempunyai ciri hiasan dan kemasan emas yang memberikan sentuhan keanggunan. Grill Sand Maker ini sesuai digunakan untuk membuat sarapan menggunakan kepingan roti sandwic biasa ketika hari sibuk. Tambahan itu, dengan adanya Grill Plate anda boleh tambah lagi inti yang banyak dalam roti bakar tersebut.

Teknologi panni-pres-style juga menjadikan roti dipanaskan sama rata pada kedua-dua belah dan sangat rangup di luar dan mempunyai tekstur yang gebu di dalam. Grill Sand Maker didatangkan dalam dua varian – Single dan Double – dengan pinggan sandwic sahaja. Lampiran lain dijual secara berasingan dan tersedia dalam warna Merah dan Greige. Harga bermula dari RM 359 dan boleh beli di https://bruno.my/collections/grill-sand-maker

3.Steam and Bake Toast

Pembakar Roti Steam & Bake Toast dari BRUNO ini merupakan pembantu dapur yang WAJIB ada dan mempunyai pelbagai fungsi untuk anda yang suka masak setiap pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Dengan 3 mod yang disesuaikan untuk menghasilkan hidangan yang sempurna untuk pelbagai jenis makanan, biarkan
BRUNO Steam & Bake Toaster membantu anda membuat kerjanya. Barang ini didatangkan dengan dua warna iaitu warna Greige dan Blue Grey. Harga bermula dari RM 899 dan boleh dibeli di https://bruno.my/collections/steam-bake-toaster

Kesemua barangan di atas boleh dibeli secara terus di laman sesawang https://bruno.my, Official Stores atau di Lazada dan Shopee atau di kedai BRUNO di Mid Valley Megamall (LGC-33).

Untuk maklumat lanjut berhubung produk keluaran BRUNO yang lain serta ingin dapat tawaran hebat serta resepi boleh layari lawan sesawang rasmi BRUNO.

Instagram: @BrunoMalaysia dan Facebook: BrunoMalaysiaOfficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×