Percutian

Itinerari Penuh Percutian 4H3M Ke Bromo Indonesia, Kos Hanya RM1,000!

9
SHARES
bromo surabaya

Bromo Surabaya, Indonesia antara destinasi popular untuk bercuti. Hal ini kerana kosnya lebih murah dan berbaloi berbanding tempat lain.

Sekiranya anda ingin bercuti ke Bromo dan inginkan itinerari penuh, ikuti perkongsian di bawah oleh pengguna Facebook bernama Melvin Costa.

Baca juga: 26 Senarai Tempat Makan Sedap Di Langkawi, Tak Lengkap Kalau Tak Singgah Sini!

ITINERARI PENUH PERCUTIAN BROMO SURABAYA, INDONESIA

BROMO SURABAYA

Percutian ke Bromo ini adalah selama 4 hari 3 malam.

Kos: RM1,000 termasuk tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makanan dan pakej 4 hari 3 malam. (Tidak termasuk perbelanjaan lain)

Tiket: Kuala Lumpur – Surabaya – Kuala Lumpur: RM250+ return

Hotel: RM50 ++ 1 malam

Pengangkutan: Kebanyakkan pakai Gojek atau Grab untuk berjalan ke destinasi.

Makanan: Murah-murah semuanya makanan di sini.

Pakej: RM180 untuk beberapa tempat di Bromo.

Hari pertama: Kuala Lumpur – Surabaya

Sampai sahaja Juanda airport terus cari teksi untuk pergi Terminal Bas Bungurasih (Surabaya). Harga dalam RM30 seorang. Bas dari Terminal Bungurasih (Surabaya) ke Terminal Arjosari (Kota Malang) RM6.

Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai Kota Malang terus masuk hotel, makan dan jalan-jalan. Hotel kami di Kayutangan jadi senang jalan kaki sebab banyak kafe menarik.

Tempat kami lawat:

  • Kampung Warna-Warni
  • Kayutangan / Kajoetangan Heritage
  • Araya Arcade Garden
  • Alun- Alun Malang

BROMO SURABAYA

Hari kedua: jalan-jalan di Bromo

Pakej kami ambil dia termasuk dengan sunrise point, widodaren hill, kawah bromo, pura poten, pasir berbisik, savana dan bukit teletubies .

Boleh pakai baju tebal kerana suhu di Bromo agak sejuk. Tour habis dalam 12 tengah hari dan kami terus ke hotel untuk check out.

Kemudian, pakai Gojek ke Terminal Arjosari (RM12) untuk balik semula ke Surabaya (Terminal Bungurasih). Sampai di sini, kami terus ambil Gojek dan berehat di hotel.

Hari ketiga: membeli belah

Kami beli belah di ITC Mall iaitu lubuk batik yang sangat murah. Pelbagai jenis pakaian batik ada di jual di sini. Setelah penat membeli belah, kami sambung ke Alun-Alun Surabaya, Tunjungan untuk makan baksi dan minum jus avokado.

Hari keempat: balik

Hari terakhir kami jalan-jalan sekejap dan balik mengikut jadual penerbangan yang telah ditetapkan.

*Seronoknya. Agak-agak bila dapat pergi sini?

Baca juga: Nah 9 Tempat Menarik Di Ipoh Kena Singgah, Rugi Kalau Terlepas!

Sumber: Facebook Melvin Costa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×