40 Minggu

Rupanya Breast Pump Ada Jangka Hayat & Ini Cara Nak Basmi Kuman Dengan Betul

2
SHARES

Breast pump merupakan alatan penting untuk seorang ibu selepas melahirkan cahaya mata tetapi sering kali terlepas pandang tentang bahaya dan risiko jika menggunakan aksesori breast pump melebihi jangka hayat.

Bagi ibu-ibu yang tidak tahu mengenai jangka hayat dan cara betul untuk membasmi kuman di breast pump, ikuti penerangan lanjut oleh Puan Nad Masrom di bawah.

Baca juga: Nak Senang Pregnant Kena Angkat Kaki Lepas ‘Bersama’ Suami? Ini Penjelasan Doktor…

RUPANYA BREAST PUMP ADA JANGKA HAYAT

breast pump

Tahu tak ibu-ibu, botol susu dan corong pam yang digunakan ada tempoh hayatnya. Tak boleh guna bertahun-tahun lamanya walaupun fizikal nampak elok sahaja.

Kebanyakan corong pam dan bekas simpanan susu diperbuat dari polimer jenis polypropylene (PP). Perlu patuhi tempoh hayat dan ditukar ikut waktu demi keselamatan bayi. Jika tidak, bahan kimia plastik akan larut dalam susu.

Melainkan jenis termosplastik yang berkualiti dan tahan haba serta UV yang lebih lama seperti tritan, PPSU, PES. Itu pun biasanya dalam tempoh setahun sahaja.

Jika calar, perlu ditukar serta-merta. Kawasan calar boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan lebih mudah bahan plastik terurai dan larut dalam susu.

Kalau jumpa botol atau corong yang bersentuhan dengan susu tapi bila guna steam sterilizer terus melebur, hati-hati. Bahan plastik yang digunakan mungkin tidak selamat untuk bayi kita.

GUNA CARA BETUL & SESUAI UNTUK BASMI KUMAN

Jika nak menyahkuman, perlu ketahui jenis yang kita nak guna adakah bersesuaian dengan jenis botol atau corong plastik yang kita ada.

Jika menggunakan bekas jenis PP, lebih baik gunakan steam sterilizer. Jika nak gunakan UV sterilizer, jenis PP ni mudah longgar ikatannya selepas 6 hari terdedah dengan cahaya UV. Dan tempoh hayat akan jadi lebih pendek berbanding steam sterilizer.

Jika gunakan UV sterilizer, boleh gunakan bekas plastik yang berkualiti seperti tritan, PPSU atau PES. Kebanyakan jenis plastik ini adalah tahan kepada haba, impak dan UV.

breast pump

Sebab itu, jika ibu ada peluang menyusukan bayi secara terus, manfaatkan sebaiknya peluang ini. Tak perlu risau terdedah dengan bahaya plastik ini.

Tapi sebagai ibu bekerja (seperti saya), gunakanlah secara berhemah dan tahu tentang tempoh hayat plastik. Walaupun BPA free, ia tidaklah 100% selamat.

Masih lagi ada bahan pengeras lain yang digunakan untuk menggantikan BPA yang dibimbangi kesannya kepada kesihatan anak (antaranya kanser). Sama-sama kita cakna dan sebarkan tentang ilmu ini kepada ibu-ibu yang tidak tahu.

Sumber: Instagram Nad Masrom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×