40 Minggu

Bolehkah Bersalin Normal Selepas Beberapa Kali Ceasarean? Doktor Jelaskan Risikonya

175
SHARES

Bila ditanya kepada semua ibu-ibu yang sedang hamil, mereka pasti mahu bersalin secara normal. Jarang sekali ingin bersalin secara ceasarean (pembedahan). Yela, bersalin normal lebih cepat sembuh berbanding ceasarean. Tapi, tidak semua impian untuk melahirkan secara normal itu tercapai, last minute terpaksa dibedah atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan.

Biasanya, jika kelahiran pertama secara ceasarean, tidak mustahil untuk anda bersalin secara normal untuk kelahiran yang seterusnya. Tapi, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana kelahiran normal selepas caesarean (vaginal birth after caesarean – VBAC) mempunyai risiko yang tersendiri. Perkongsian daripada Dr. Muhammad Izzat ini mungkin dapat memberikan info-info berguna bagi anda yang sedang merancang untuk kelahiran normal selepas beberapa kali caesarean.

BOLEHKAH BERSALIN NORMAL SELEPAS BEBERAPA KALI CEASAREAN?

Foto: romthegrapevine.com

Anak pertama (2004) :bersalin normal
Anak ke-2 (2006) : bersalin normal
Anak ke-3 (2009) : bersalin caesar
Anak ke-4 (2010) : bersalin caesar
Anak ke-5 (2012) : bersalin caesar
Anak ke-6 (2018) : BERSALIN NORMAL/GENTLE BIRTH KAT RUMAH – bayi meluncur laju disambut oleh suami. Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahu Akbar!

Boleh ke selepas bersalin 3 atau 4 kali caesar, lepas tu bersalin normal?

Sebelum ni saya pernah terangkan mengenai bersalin normal selepas 1 caesaer, bukan 2,3 atau 4 caesar. Bersalin normal lepas 1 caesar sememangnya digalakan selepas kaunseling selewat-lewatnya 36 minggu dengan doktor O&G.

RISIKO-RISIKO KELAHIRAN NORMAL SELEPAS BERKALI-KALI CAESAREAN

Ni nak cerita sikit. Kajian menunjukkan wanita dengan 2 caesar yang ingin melahirkan anak secara normal perlu tahu bahawa:

1. Kejayaan bersalin normal adalah 71.1%.

2. Kadar rahim pecah 1.36%.

3. Kadar operation buang rahim dan keperluan untuk transfusi darah meningkat.

PERLU TAHU RISIKO SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN

Segala maklumat ini perlu diberitahu kepada pesakit dengan teliti dan secara terangnya, supaya pesakit tahu risiko yang bakal timbul. Bukan hanya bercerita perkara-perkara yang indah sahaja, dan melenyapkan fakta. Pesakit mempunyai hak untuk mengetahui risiko yang boleh terjadi ini.

Jika dah diterangkan mengenai risiko ini dan pesakit masih lagi bertekad untuk bersalin biasa walaupun sudah pernah caesar 2 atau 3 kali oleh pakar senior, pesakit hanya boleh bersalin di hospital dengan kemudahan dewan bedah kerana jika berlakunya mana mana komplikasi, kemudahan sudah ada, termasuklah adanya tabung darah. Sebaliknya jika sedar akan komplikasi besar yang mungkin timbul ini, pesakit biasanya akan bersetuju dan mendengar nasihat doktor untuk caesar sekali lagi.

PENJAGAAN LEBIH TELITI

Foto: Hindustan Times

Penjagaan semua pesakit yang pernah ada caesar dan ingin bersalin normal adalah lain dari pesakit biasa. Penjagaan dititikberatkan dari segi:

  • One to one care ( 1 misi kepada 1 pesakit ) – untuk penjagaan yang menyeluruh.
  • Darah pesakit sudah diambil terlebih dahulu untuk jenis kumpulan darah dan standby jika perlu. Termasuk la intravenous access.
  • Graf jantung anak (CTG) perlu dipasang dan dipantau secara terus menerus.
  • Keadaan ibu dipantau secara berkala untuk mengenalpasti tanda-tanda awal rahim pecah. Misi dan staff dewan bersalin dah dilatih dan diajar kenalpasti tanda tanda ini.
  • Pemeriksaan jalan kelahiran setiap 4 jam untuk menentukan kemajuan proses bersalin, bukan dibiarkan sakit berpanjangan melebihi 6-8 jam apetah lagi 16 jam. Kalau tak periksa macam mana nak tahu ada progress ke tak? Bukan nak seluk suka-suka.

RISIKO BAYI MENINGGAL

Bila rahim pecah berlaku, bukan main main. Bayi boleh meninggal, ibu boleh kehilangan rahim, ibu boleh hilang banyak darah sehingga meragut nyawa.

Jangan ingat berjaya bersalin normal selepas 2 casear itu adalah kejayaan. Anda mungkin selamat ketika itu, tapi untuk masa dan ketika yang lain nye, Wallahu a’lam.

Berhenti menzalimi diri sendiri.
SAY NO to unsafe birth practices.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×