Sihat

Boleh Kawal Kolestrol Badan, Ini Manfaat Bunga Telang Yang Rugi Kalau Tak Cuba!

1.8K
SHARES

Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea adalah tanaman yang terkenal kerana bunganya yang berwarna biru cerah dan boleh dimakan. Keunikan bunga telang ini digunakan sebagai pewarna semulajadi dalam masakan atau minuman. Antara makanan popular yang menggunakan bunga telang sudah tentulah nasi kerabu.

Selain digunakan dalam masakan, bunga telang mengandungi manfaat untuk kesihatan diri iaitu boleh mengawal kolestrol dalam badan. Caranya pun mudah sahaja. Jom cuba buat!

Baca juga: Kurangkan Buang Kulit Bawang Merah Sebelum Masak, Banyak Khasiatnya!

BOLEH KAWAL KOLESTROL BADAN, INI MANFAAT BUNGA TELANG

bunga telang

Petua untuk mengurangkan kolesterol dalam badan kita:

– Caranya ambil lima atau tujuh kuntum bunga telang dan curahkan air panas.

– Kemudian, masukkan satu biji atau tiga biji limau kasturi.

*Ini bergantung pada diri kita. Seloknya pakai angka ganjil ye.

bunga telang

Saya dah cuba. Sebelum letak limau warna birunya pekat. Selamat mencuba!

Selain itu, banyak juga khasiat yang lain seperti meredakan stress, mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga boleh membantu menurunkan demam. Jadi, bolehlah tanam pokok telang di rumah. Tak rugi dan banyak manfaat untuk kesihatan dalaman diri.

Sumber: Facebook Berkebun Di Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×