Famili

Bicara Hartanah & Banyak Aktiviti Seisi Keluarga, Jom Ke Karnival UDA Playland!

936
SHARES

Anda selalu tak rasa susah nak pergi event hartanah sebab anak-anak akan mudah bosan dan nak balik? Stress juga kan sebab tak boleh nak dengar dengan betul ilmu yang diberikan. Bukan itu je, event hartanah daripada property company yang power bukan selalu ada, so kalau ada tu memang taknak lepaskan peluang untuk pergi!

Jangan risau, kalau anda semua teringin nak pergi ke event hartanah yang lengkap dengan aktiviti untuk kanak-kanak, kami ada solusinya!

Karnival UDA Playland akan berlangsung April ni!

Bertempat di Crescent Dew Clubhouse di Bertam, Penang, karnival ini akan berlangsung pada 7 dan 8 April 2018 bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Ha, dengan aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak ni, mesti anak anda tak akan bosan punya! Malah, mereka makin excited untuk ikut anda pergi event ini. Antara aktiviti yang ada ialah:

  • Hot Air Balloon

Anda boleh bawa anak anda dari pukul 8pagi untuk merasai naik hot air balloon ni! Bukan hari-hari boleh naik kan? Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

  • Melukis swan gergasi menggunakan tapak tangan

Kreativiti anak-anak akan berkembang dengan join aktiviti yang hand-paint ni! Kanak-kanak boleh cop swan yang ada disitu dengan menggunakan tapak tangan mereka! Syoknya!

  • Bouncy Castle

Tak kira umur, bouncy castle ni selalu berjaya menarik minat kanak-kanak kan?Boleh lah merasa jadi prince atau princess!

  • Cat Adoption Section

Yang ini memang menarik, bagi peminat-peminat kucing sekalian. UDA Property  akan memberikan anda peluang untuk anda adopt kucing bila akan pergi ke karnival ni nanti!

  • Photobooth

Rakam gambar menarik di photobooth yang ada di Karnival UDA Playland ni! Boleh jadi kenangan seisi keluarga.

Selain tu, akan ada juga booth-booth tadika dari kawasan tersebut! Jadi, anda juga boleh lawati booth-booth ini dan survey tadika mana yang paling sesuai untuk anda hantar anak anda. Zumba kanak-kanak pun ada tau nanti!

Apa yang ada untuk orang dewasa?

 

Pada hari Sabtu, 7 April tu pula akan ada Red Carpet Deals yang akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 11 pagi.  Terdapat 7 red hot deals, 2 deals yang berharga dan juga 2 hadiah yang extraordinary! Ha, menarik bukan? So, seeloknya korang join event ekslusif ni!

Tapi, untuk dapatkan deals dan hadiah misteri ni, anda kena register dulu dekat link ni [Klik Sini]! Kalau tak register, tak dapatlah dapat deals, hadiah pun terlepas nanti..

Bicara Hartanah bersama Faizul Ridzuan dan SIFUFBADS!

Anda juga boleh join coffee talk yang akan diadakan pada 7hb nanti! Ada Faizul Ridzuan (Pakar hartanah) dan Sifu Safwan dari Sifufbads (Pakar Facebook Marketing). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendalami ilmu hartanah dengan mereka ni!

 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Karnival UDA Playland ni! Lock date siap-siap supaya tak ketinggalan nanti. Jadikan ini peluang untuk anda bergembira seisi keluarga sambil dapat ilmu hartanah!

Untuk maklumat lanjut, layari:

Facebook UDA Property

Daftar online di: UDA PLAYLAND CARNIVAL @NORTH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×