Famili

Betul Ke Tak Petua Minum Air Nasi Jika Anak Kurus, Ini Jawapannya

91
SHARES

Zaman sekarang ni banyak pula petua yang datang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kadang-kadang sampai tak tahu yang mana satu betul dan yang mana tidak. Baru-baru ini pula, tular di media sosial mengenai amalan untuk anak-anak minum air nasi untuk menggemukkan badan. Betul ke menjadi? Kalau nak tahu betul atau tak petua ini, jom kita baca penerangan dari PseudoscienceWatch .

http://greatlifeandmore.com/

http://greatlifeandmore.com/

PETUA AIR NASI

Amalan memberi bayi air beras/air tajin/air didihan beras ni merupakan petua yang ‘famous’ bukan sahaja di negara ini, malah dimana mana sahaja negara di seluruh dunia yang makanan ruji mereka adalah nasi. Petua ini juga selalu diamalkan pada seawal umur bayi 4 bulan dan biasanya orang pesan suruh buat bila tengok anak tu tidak tambah berat dengan banyak.

www.facebook.com/PseudoscienceWatch

www.facebook.com/PseudoscienceWatch

Nama pun petua so mungkin nenek moyang kita pesan suruh buat supaya bayi membesar dengan cepat dan untuk prepare makan solids/semi-solids bila dah berumur lebih 6 bulan.

Berdasarkan fakta sains, susu ibu secara exclusive pada 6 bulan pertama adalah PERFECT sebagai sumber diet bayi. Tak perlu tambah apa-apa. Hanya selepas berumur 6 bulan, makanan tambahan diperlukan sebab demand (keperluan) untuk perkembangan optimal bayi sudah mula melebihi supply (bekalan) yang dapat diberikan melalui susu ibu.

SUSU IBU PALING BAGUS..

thedoctorweighsin.com

thedoctorweighsin.com

Bukan tiba-tiba tak bagus susu ibu ye. Nak sambung beri susu badan sampai anak tu dah kahwin anak 5 bini 2 pun takda masalah. Yang pasti selepas umur 6 bulan perlu ada makanan tambahan (contohnya keperluan zat besi pada umur 7 bulan adalah 40 KALI GANDA berbanding pada umur 6 bulan).

Maka tak perlu nak bagi atau introduce apa-apa seawal 4 bulan. Boleh start bila dah 6 bulan sebab usus bayi ketika itu sudah semakin matang. Sebahagian besar komponen dalam air beras tu pun hanyalah karbohidrat. Kalau beri makanan tambahan seimbang pada umur 6 bulan tak perlu risau pasal itu semua.

http://www.mnn.com/

http://www.mnn.com/

Ianya turut mempunyai risiko kalau beri pada bayi umur 4 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit (usus belum matang, diet tak byk serat), usus meragam (gastroenteritis), dehydration (kurang air sebab cirit) dan pelbagai jenis jangkitan kuman sebab air beras tersebut CEPAT BASI.

Nama pun petua so selagi tidak memudaratkan/kurafat/syirik boleh je nak buat tapi ibu-ibu semua tak perlu risau tentang samada zat mencukupi kalau tak beri pada umur 4 bulan. 6 bulan pertama susu ibu adalah cukup sempurna untuk si kecil anda.

Sumber : PseudoscienceWatch 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×