Asuh

Betul Ke Rawat Keputihan Lidah Anak Guna Air Kencing? Mengarutlah! Baca Penjelasan Ini

92
SHARES

Perasan tak kalau kita tengok, lidah bayi ni selalu mempunyai tompokan-tompokan keputihan? Sebenarnya, tompokan putih ini merupakan lebihan susu yang membentuk satu lapisan di atas lidah. Tetapi, jangan dibiarkan begitu sahaja, kerana lapisan putih akibat susu ini berkemungkinan akan menyebabkan  kulat susu yang dipanggil ‘oral thrush’. Namun, baru-baru ini, terdapat satu petua yang mengatakan bahawa cara untuk merawat keputihan lidah anak ini, anda perlu menggunakan air kencing. Betul ke? Dengar macam pelik kan? Jom, kita baca untuk tahu betul atau tidak petua yang dikongsikan ini.

ph.theasianparent.com

NAK RAWAT KEPUTIHAN LIDAH ANAK KENA GUNA AIR KENCING? BETUL KE?

Kadang-kadang keputihan yang hadir dekat lidah anak tu susu je. Boleh lap pakai kain basahkan je. TAK PERLU RENDAM ATAU CALIT DENGAN AIR KENCING. Kalau kulat/oral thrush (candida yeast infection) biasanya dalam lampin pun akan ada. Rupa dia pun berbeza, boleh berkerak dan kekuningan.

Sumber boleh kena sebab time bersalin mak ada yeast infection, botol susu yang bottle hygiene tak jaga elok, time menyusu badan, telan antibiotik(mak atau anak) yang menyebabkan ketidakstabilan flora dalam mulut. Boleh baik sendiri tapi kalau lama sangat bayi meragam taknak menyusu sebab sakit, boleh pakai ubat antifungal. Tak kira sama ada menyusu badan atau pakai susu formula, dua-dua boleh kena.

http://vkool.com/

Diulangi, TAK PERLU basahkan dengan air kencing anak sendiri, anak orang lain atau mak bapak untuk lap lidah anak tu. Itu amalan kurafat dan jahiliyah.

PERKONGSIAN YANG TULAR

www.facebook.com/PWNetizens

DISANGKAL OLEH RAMAI PENGGUNA LAMAN SOSIAL

Bukan itu sahaja, petua ini juga mendapat ‘tentangan’ dari ramai kalangan pengguna media sosial Facebook dan ada antara mereka yang mengatakan bahawa petua ini sangat mengarut! Ramai juga dalam kalangan ibu yang turut menceritakan pengalaman yang sama apabila mereka pernah disuruh untuk mengikut petua sebegini.

www.facebook.com/PWNetizens

www.facebook.com/PWNetizens

www.facebook.com/PWNetizens

*Pesanan untuk ibubapa di luar sana, jangan sampai terlalu obses dengan segala petua yang dikongsikan di media sosial ya kerana anda mungkin akan tersalah informasi. Sebaliknya, dapatkan rawatan dari pakar supaya anda mendapat konsultasi yang terjamin.

Sumber : PW Community

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×