40 Minggu

Betul Ke Ibu Hamil Tak Boleh Makan Nanas?

236
SHARES

“Eh kau jangan makan nanas tu, bahaya nanti boleh gugur. Susah nanti”

Ayat ini mungkin seringkali didengari oleh para wanita khususnya ibu yang sedang hamil. Betul atau tidak? Banyak petua tentang pemakanan ibu hamil yang kita boleh dapati di laman media sosial dan internet tetapi penting juga untuk para ibu mengenali sama ada petua tersebut mitos atau tidak. Jadi, kalau nak tahu sama ada nanas boleh dimakan oleh ibu hamil atau tidak, ini penjelasannya.

BETUL KE MAKAN NANAS BOLEH SEBABKAN KEGUGURAN?

Untuk pengetahuan anda, menurut artikel dari Healthline.com makan nanas dalam jumlah yang sedikit tidak akan memberikan kesan kepada kandungan si ibu. Malah, nanas juga merupakan antara buah yang dapat membekalkan nutrien yang bagus semasa awal kehamilan. Selain buah oren, nanas juga adalah penyumbang kepada Vitamin C juga tau.

Walaupun boleh makan buah nanas, info dari Babycenter.com juga sarankan para ibu untuk makan buah nanas secara sederhana kerana kalori nanas datangnya daripada gula. Namun begitu, sampai sekarang masih ramai lagi dalam kalangan ibu hamil yang mengelak dari makan buah nanas gara-gara informasi yang disampaikan sejak sekian lama.

APA YANG BAHAYANYA?

Turut diingatkan kepada ibu hamil bahawa mengambil kandungan buah nanas yang banyak dan turut dimakan bersama asam adalah tidak disarankan. Hal ini boleh mengganggu kondisi kandungan kerana makanan yang dimakan akan menjadi terlalu masam.

Buah nanas yang matang, justeru banyak mengandungi zat-zat pemakanan untuk perkembangan janin, seperti vitamin A, vitamin C, kalsium (Ca), fosforus (P), magnesium (Mg), zat besi (Fe), natrium (Na), kalium (K), gula Dektrosa, sukrosa dan serat. Oleh itu, sebelum dimakan rendamlah di dalam air garam untuk menghilangkan getahnya.

Jem nanas pula adalah selamat untuk dimakan oleh ibu hamil. Namun,  penting untuk anda had pemgambilannya agar anda , kerana mengandungi kadar gula yang tinggi. Jadi, kalau nak makan roti bersama jem nanas atau kuih, pastikan jangan makan banyak ya.

Tips tambah nanas dalam masakan

1. Anda boleh tambah beberapa potongan buah nanas di dalam salad buah atau salad sayuran. Bukan sahaja makanan kita mempunyai warna, nutrient yang dapat pun bagus untuk kehamilan.

2. Nanas pun boleh dipanggang juga. Disarankan untuk anda panggang sepotong nanas dan dimakan bersama dada ayam atau boleh diletakkan di dalam sandwich sebagai diet awal kehamilan.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Wanista, parenting.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×