Hebahan

Betul Ke Air Beralkali Baik Untuk Kita? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu!

344
SHARES

Minum air yang mencukupi setiap hari adalah sangat penting untuk kesihatan kita.

Ia dapat mengelakkan kita dari dehidrasi, mengelakkan kita berada dalam keadaan yang menyebabkan pemikiran kita tidak jelas dan mengakibatkan perubahan mood.

Selain itu, tidak mendapat air yang mencukupi juga akan menyebabkan badan anda panas dan juga akan mudah untuk anda mendapat penyakit seperti sembelit dan batu karang. 

Air yang bersifat alkali yang dihasilkan secara semula jadi berlaku apabila air melepasi batu dari punca air semula jadi contohnya seperti mata air.

Dengan cara ini, air dapat mengambil mineral yang dapat meningkatkan tahap alkalinya.

Untuk menghasilkan air beralkali, teknik ni menggunakan produk yang dipanggil ionizer dimana ia akan menaikkan tahap pH air biasa. 

Pengeluar produk mengatakan bahawa proses ini digunakan untuk memisahkan molekul dalam air yang lebih berasid dan beralkali.

Produk baharu keluaran Panasonic ni menggunakan alkaline water!

Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700 iaitu pengeluaran produk baharu dari Panasonic yang  menggunakan air beralkali untuk menambah nilai kepada air paip untuk mencipta gaya hidup  yang lebih baik. 

Dengan menggunakan proses elektrolisis, air iaitu H2O akan dipecahkan kepada H2 dan O2  yang akan menghasilkan air beralkali dan berasid. 

Air berion alkali (alkaline ionized) memberikan perut yang lebih sihat kerana kesan air berion  alkali ini dapat memperbaiki masalah gastrointestinal dan telah diluluskan di bawah Akta Peranti  Farmaseutikal dan Perubatan Jepun (Akta PMD). 

Selain itu, ia juga selamat dengan memiliki pH yang stabil. TK-AS700 dari Panasonic ini juga  dilengkapi dengan pengesanan optimum isipadu aliran air dan kualiti air yang memastikan  penjanaan stabil alkaline ionized water yang selamat dengan pH yang kurang daripada 10. 

Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700 juga selamat dan sihat digunakan untuk pelbagai  aplikasi contohnya seperti mengekstrak lebih banyak perisa daripada teh, memberikan aroma  yang lebih baik ketika memasak dan banyak lagi. 

Jadi anda tak perlu risau kerana ia dapat digunakan dalam pelbagai situasi!

Pemasangan yang mudah!

Untuk pengetahuan anda, cartridge yang digunakan untuk TK-AS700 dari Panasonic ini hanya  menggunakan satu cartridge dalam jangka masa satu tahun. 

Disebabkan ini, pengguna boleh mengurangkan kos yang banyak kerana tidak perlu  menggantikannya setiap tiga bulan atau kurang dari itu. 

Anda juga boleh menggantikannya dengan sendiri kerana ia lebih mudah. Tak perlu untuk anda  membuat pembayaran hanya untuk menggantikan catridge yang sudah anda gunakan. 

Selain itu, anda juga boleh pasang peranti TK-AS700 tersendiri dan melakukan pemasangan  dengan sendiri.  

Anda tak perlu risau kerana mereka akan memberikan manual dan penerangan terperinci yang  mempunyai langkah demi langkah untuk anda ikut ketika memasang peranti. 

Bestkan? Memang banyak kos yang anda boleh kurangkan apabila menggunakan TK-AS700 ni.

Sesuai untuk semua isi rumah

Untuk pengetahuan anda, air beralkali tidak sesuai untuk pembuatan susu bayi  dan pesakit yang dibawah pengambilan ubat. 

Ini kerana air beralkali akan melarutkan ubat dengan lebih cepat sebelum badan anda dapat  menyerapnya. 

Tetapi disebabkan TK-AS700 didatangi dengan tahap pH air yang berbeza, jadi untuk anda yang  tidak sesuai untuk minum air beralkali, anda boleh memilih untuk minum purified water.

Jadi, ia masih boleh diminum oleh mereka-mereka yang tidak disyorkan untuk minum air yang  beralkali. 

Lebih banyak pilihan dan jenis air yang mudah untuk anda pilih dan gunakan. Paling penting mereka juga memiliki sijil halal, jadi anda tidak perlu risau! 

Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang Panasonic Alkaline Ionizer, anda boleh layari laman web Panasonic Malaysia di https://www.panasonic.com/my/consumer/kitchen-appliance/water/alkaline-water-ionizer/tk-as700-wma.html dan https://club.panasonic.com/my_en/tk-as700-wma.html.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×