Bersalin

Bersalin Anak Kembar Secara Normal & Caeseran Serentak, Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Mendebarkan’

1.9K
SHARES
bersalin caesarean

Sesungguhnya ramai ibu hamil lebih memilih dan mahu untuk bersalin secara normal. Mana tidaknya, pengalaman bersalin secara normal mungkin hanya dapat dirasai sekali sahaja dalam hidup wanita. Seiring juga dengan beberapa kontroversi yang tercetus mengenai kes doula yang merupakan peneman ibu ketika melahirkan anak yang rancak diperbincangkan oleh orang ramai.

Ada juga dalam kalangan ibu yang memilih untuk bersalin di rumah dan menggunakan khidmat doula kerana takut dengan sistem yang diamalkan di hospital. Oleh itu, wanita ini tampil untuk berkongsikan pengalaman berhadapan dengan situasi bersalin normal dan caeserian yang mungkin akan mengubah persepsi ramai ibu.

BERSALIN NORMAL VS CEASER? BAGAIMANA AKU LALUINYA SERENTAK…

Sampaikanlah walau sepotong ilmu dan ayat. Dah havoc issue Doula lah, gentle birth semua ni, Nad rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu dan rasa tentang pengalaman kelahiran Yang Nad lalui yang doctor katakan ia sangat rare dan jarang berlaku. Dan asbab dari kepakaran doctor juga Nad dan both baby selamat.

Doctor takkan akan bukak cerita tentang patient mereka sebab sulit tapi meh patient sendiri open story supaya terbukak kepala otak korang yg nak. Mencuba-cuba bersalin suruh Doula sambut kelahiran tu. Mungkin ada dari kawan-kawan yang dah pernah dengar cerita aku ni tapi percayalah masih ramai ibu-ibu di luar masih tak sedar tentang pentingnya ilmu tentang kelahiran semua ada percentage risiko tersendiri samada kecil atau besar dan juga pentingnya orang yang bertauliah ada ketika waktu kita melahirkan anak.

Tahun 2013 Nad disahkan pregnant anak kembar. Hati memang happy tak payah cerita la sebab kami dah 3 tahun menunggu. Tapi mcm biasa lah mak- mak mengandung ala milenium ni semua benda kita buat research daripada segi pemakanan, kandungan dan issue paling hot ialah gentle birth. Google dan Facebook grouping is my bestfriend time ni.

Bermula checkup monthly everything going smooth. Muntah-muntah , double pain dan morning sickness tu biasalah, kaki bengkak dan mengidam makan. Nad jugak ahli dalam group gentle birth dan benda yang paling rasa seriau perkara pertama bila kita dengar dari cakap-cakap orang ialah pergi ke hospital diorang nasihatkan kita Czer.

Sebabnya ialah Nad pregnant MCDA twin (kembar berkongsi uri dan air ketuban) risiko tinggi berbanding dengan DCDA twin tidak berkongsi uri dan air ketuban. Tapi ada pula suara-suara yang mengatakan doctor cuma nak buat duit byk Sbb tu suruh kita Czer. So mana satu nak dengar ni?

NAK JUGAK GENTLE BIRTH

Maka bermulalah journey untuk kita tegakkan keadilan mahu juga gentle birth dan kita buat research yang sememangnya ibu-ibu hamil anak pertama ni memanglah mudah terpengaruh cakap-cakap doctor google ni. Kita fikir secara logik nak juga normal delivery. Baby Nad yang pertama memang dah engaged untuk normal delivery dan 2nd baby juga bersedia maka hati sangat-sangatlah nak gentle birth tanpa kita fikir risiko yang lain.

Dengan harapan orang lain boleh bersalin kembar normal kot kat rumah je takde ape pun tapi time aku kenapa pulak tak boleh.
Fuhhh hebat sungguh para-para consultant tak bertauliah ni bermain dengan emosi smpai kita semua fikir ini konspirasi doctor adalah agen Yahudi semua.. Ya Rabbi sampai macam tu Doctor jugak yang kena.

Sehinggalah Nad jumpa doctor Norehan semula which is doctor klinik swasta yang Nad jumpa masa mula-mula dapat tau pregnant twin dulu. Dia kata  ‘u better go to Government Hospital sebab saya ada ramai kawan-kawan pakar yang memang berpengalaman kat sana untuk handle gentle birth yang kandungan berisiko’.

Alamak! Aku fikir balik dengan tipikal thinking aku yang tak habis-habis terdengar-dengar nasihat manusia doctor google ni Kalau kau pegi refer Gov macam kau pegi hantar free je untuk Czer. Dengan layanan yang ada kata memanglah outlah, takda masa doctor nak layan ko punya plan nak gentle birth tu. Time tu berbelah bagi masih lagi dengar cakap-cakap acah-acah good consultant ni..

Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati supaya aku ni tak jadi manusia selfish hanya kerana sebab nak kan sangat follow gentle birth plan aku so aku tolak segala risiko lain dengan hanya BERGANTUNG HARAP-HARAP SEMUA AKAN OK DAN BOTH BABY KELUAR DENGAN NORMAL.

AKHIRNYA WARDED JUGA DI HOSPITAL

On 26 March Nad – 36 weeks Pregnancy refer ke Pakar di Hospital Sultan Ismail atas nasihat Doctor Norehan. Honestly Nad bgtau Nad nak gentle birth dan doctor bagitau kita boleh bagi you bersalin normal setelah ambil kira perkara-perkara lain. Doctor check bukaan pukul 1 petang memang sudah ada 4 cm dan diorang siap sedia untuk sambut kelahiran. Terus aku macam terpinga-pinga sebab memang rasa tak sakit dan bukan ke pakar Doctor google kata selagi takda sakit contraction jangan pergi Hospital ?

Bila Tanya Doctor tauliah rupanya rumors tu mmg tak boleh pakai sebab cara kelahiran dan rasa contraction adalah berbeza setiap orang.Kalau aku pusing mall tiba-tiba bersalin Doctor Hospital juga yang kita kena refer.  Terus Nad di warded dan diletakkan dalam ward Khas HDW. Penuh wayar atas perut untuk monitor jantung baby. Dalam pemikiran aku ialah weh kenapa beria sangat diorang ni jaga aku. AKU OK JE KOT!

Tapi itu adalah dari perspektif manusia seperti kita yang kurang ilmu dan tidak ada tauliah. Tapi bagi doctor kelahiran kembar adalah kelahiran berisiko tinggi lagi-lagi yang berkongsi uri dan air ketuban. Which is aku cannot brain ada Doula kata alahh ade ramai je yang OK bersalin kat rumah ade je kembar bersalin position sujud rukuk semua. Weh seriously semudah tu je ko jump into conclusion cakap macam risiko tu tak ada pun!

SITUASI MENDEBARKAN DI HOSPITAL

Tepat pukul 9.28 malam Alhamdulillah aku dapat bersalin secara normal kembar pertama Sumayyah Hannan yang aku nak sangat normal delivery. Which is masa aku bersalin aku dimonitor lebih dari 3 orang doctor bersama pasukan sorak nurse yang memang hebat. Kembar pertama Sumayyah Hannan lahir pukul 9.28mlm berat 2.2kg.

Perjuangan untuk melahirkan kembar kedua Nur Sumayyah Aqilah. Allahuakbar. Inilah perjuangan, dugaan & nikmat yang aku paling tak boleh lupa seumur hidup. Disinilah titik tolak Yang aku betul-betul appreciate what this all doctor do for me. Aku memang betul-betul keletihan sebab dari malam tadi aku memang tak boleh nak lelap sangat. Husband aku genggam tangan aku dia cakap teruskan untuk 2nd delivery twin dan dia adalah orang yang sangat penting berada di sebelah aku supaya aku tak tertido sebab keletihan dan sentiasa ada semangat.

Aku perasan ada sorang doctor perempuan Chinese pegang perut aku ,sorang lagi doctor tengah scan, sorang lagi doc perempuan tengah check baby. Doctor yang tengah scan dia check Aqilah dah pusing ke bawah. Tapi Doc tu cakap dengan doc yang pegang perut aku dia macam pusingkan Aqilah dari luar. Doc lelaki yang tengah scan tu aku ingat lagi nama dia Dr Badrul .Dia suruh aku push. Tapi aku tiba-tiba rasa Aqilah pusing dengan sangat kuat.

Dia tanya dengan nada cemas “Pukul berapa?” Doc lagi sorang jawap . “Its 10.05 pm”. Dia jawab dengan nada tegas ” We need to do it FAST!” Dia tengok doc perempuan yang seluk aku tu muka berkerut-kerut sambil explain dengan doc sebelah dia. Aku tak sure ape diorang cakap tapi Doctor Badrul tu suruh doc tu ketepi. Tiba-tiba doc Cina yang pegang perut aku tu terlepas sebab Aqilah pusing dengan kuat.

Doc Badrul ckp dengan nada cemas. ” Ur baby dah pusing lagi Nadia. Hand Presentation. Doc Badrul pandang muka aku buat keputusan dengan pantas.. “Nadia, kita kena operate u. Baby u dah breech presentation.(songsang) Kita tak boleh keluarkan normal sbb maybe akan patah or cacat. Nak pusingkan kita dah takda masa lagi sbb jantung baby dah slow”.. Berderai air mata aku kat situ. Rasa nak meraung pun ada.

Bukan sebab sakit tapi sebab hati ibu mana yang tak sedih tengah saat kritikal camtu dengar benda yang menakutkan. Aku jawab “Buatlah ape pun doc. Janji keluarkan anak saya dengan selamat”. Time tu aku dah tak fikir ape dah even nyawa aku sendiri. Doc Badrul jerit sister kat luar suruh standby nak masuk operation theater. Husband suruh aku mengucap banyak-banyak. Aku tengok ade sorang doctor ni pegang alat monitor jantung tak lepas dari tangan. Dia jerit kat Doctor Badrul. “Cepat Doc, tadi 90 skrg dah 70 ” Itu bermakana jantung Aqilah dah makin slow.

6-7 ORANG DOKTOR BERLARI TOLAK KATIL KE BILIK OPERATION

Aku? Dah tak boleh nak fikir apa. Aku rasa dalam 6,7 orang doctor dengan nurse berlari tolak katil aku pegi bilik operate. Memang fast furious laju gila weh menjeri-jerit nurse suruh bagi laluan pada Yang lain sebab nak Selamatkan aku dan Aqilah.
1st time la aku rase camtu selama ni tengok kat drama TV je kan. Tapi sebenarnya wujud weh.. Dan korang bayangkan aku tingkat 4 pegi ke tingkat 5 ada nurse dah siap jaga lif pastu ada doc yang berlari sambil pegang perut aku tu nak monitor jantung baby..

Kagum betul diorang mengadap situation yg memanglah tersangat cemas.. Sebab tu sampai sekarang aku cannot brain lepas Doula Yat kata kita bawak jela pegi hospital kalau ada problem. Eh kau tau tak kalau hospital jauh nak tunggu ambulance lagi dengan situation mcm ni aku yang pegi naik satu tingkat bangunan pun Doctor and nurse tolak mcm kat F1 kat Sepang kot. Last sebelum masuk pintu Husband aku sebelum dia kena tahan luar garisan kuning bilik tu. Aku menangis fikir mungkin tu kali terakhir aku pandang muka dia dan aku tak sempat nak tatap wajah Hannan.

*****
Masuk operation theater. Dah standby beberapa orang nurse dan doctor yg dah siap tukar baju. Fast furious giler diorang ni weh.
Doc Badrul cakap…”Nadia, kita nak bius u. Mengucap ya.” Pastu aku pun mengucap. Terus tak sedar. Sampai sekarang aku tak bole brain kes orang yang taknak bius time operate tu. Terer betul dia.

Pukul 2 pagi baru aku tersedar ada sorang doc perempuan ni senyum cakap. “Nadia, anak awak 2nd twin dah selamat, cuma sekarang kita admit dia dalam NICU, sebab dia lambat sikit nangis masa kita keluarkan dia. Awak kena banyak berehat dulu sebab banyak hilang darah kita akan pantau di HDW sampai HB awak normal..”

ALHAMDULILLAH, DAPAT RASA BERSALIN NORMAL DAN CAESEREAN

Alhamdulillah. Aqilah lahir pukul 10.48mlm. Khamis malam Jumaat. 1 jam 18 minit selepas Hannan lahir. Berat 2.3kg
Perasaan aku time tu cuma boleh ucap Alhamdulillah sebab doc cepat buat keputusan dan yang paling penting aku berada di tempat yg betul) (HOSPITAL) Aku tak dapat nak buat dua-dua bersalin secara normal kadangkala kita sebagai manusia kena tahu batas kebolehan manusia lain dan ketentuan. Aku pasti semua orang dari side patient mahupun medical staff hospital dah cuba buat yang terbaik.

2 bag darah aku terima sebab aku ada tumpah darah masa bersalinkan 2nd twin ditambah pula dengan keadaan Sumayyah Aqilah yang sudah distress atau lemas. Bayangkan kalau aku cuba untuk gentle birth dekat rumah cuba korang fikir apa yang jadi pada aku dan baby? Cerita aku ni mungkin adalah 1 dari beribu kes yang mereka handle dengan tenang dan sabar.

Pada aku diorang ni memang Unsung Heroes , Wira Yang tidak didendang. Adalah sangat tak patut kita ketepikan nasihat mereka yang bukan saja ada tauliah tapi juga pengalaman hanya sebab janji manis consultant google ni. Dari spend duit pergi consultant mengarut yang takda ilmu perubatan lebih baik simpan duit untuk upah bidan-bidan terlatih bertauliah jaga kita selepas bersalin.Banyak je agency yang tawarkan khidmat jaga lepas bersalin contoh macam MyBidan House. Pada aku which is lagi logik benda tu dari kau dengar nasihat Doula yang takda tauliah ni.

Thanks for read. Maaf jika terlalu panjang.Sampaikan lah pada semua. Mungkin post aku ni boleh selamatkan nyawa ibu dan tak susah pun nak klik button share tu.

Sumber : Nadia Fauzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×