Famili

Tasha Manshahar Kongsi Tips Sebelum & Selepas Bawa Anak Kecil Bersunat, Lagi Mudah!

25
SHARES
sunat anak lelaki

“Adik tak nak sunat, adik takut lah!”

“Haih, silap aku tak sunatkan anak aku ni semasa bayi, kan senang”

Apabila anak, khususnya anak lelaki sudah mencapai umur dalam lingkungan 6 tahun ke atas, pada masa inilah ramai dalam kalangan ibubapa yang akan menjalankan prosedur berkhatan. Bila nak pujuk anak supaya bersetuju tu, memang susahlah sebab terbayangkan prosedur berkhatan ini adalah sesuatu yang mengerikan!

Jadi, apa kata anda lakukan prosedur berkhatan ini ketika mereka masih bayi lagi seperti apa yang dilakukan juga oleh selebriti Tasha Manshahar. Beliau juga berkongsikan tips apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas bawa anak pergi bersunat nanti, mudah!

Baca juga: Soalan Lazim Prosedur Berkhatan Ketika Bayi, Doktor Beri Jawapan Dari A-Z Untuk Ibu Bapa

TASHA MANSHAHAR KONGSI TIPS BAWA ANAK MASIH KECIL BERSUNAT, LAGI MUDAH!

Throwback Mateen berkhatan dekat @hospitalislam_azzahrah . Ya, Muammar dulu pun dah khatan masa dalam hari. Sangat mudah penjagaan dia, cepat sembuh, cantik and bersih je dia punya tu. Patutlah sunnah khatankan anak masa bayi ni. Sebaiknya buat masa bayi 7 hari, tapi I tunggu lepas Mateen dah bebas jaundice. Both my sons prolonged jaundice. Jadi lewatlah sikit buatnya.

sunat anak lelaki

Mudah khatankan baby masa dalam hari ni sebab baby belum lasak, belum meniarap, belum berguling, dia cuma tidur dan menyusu. Kita pun jaga makan, jadi daripada pemakanan ibu yang baik, asbab susu ibu tu anak sembuh cepat. Pastu kolagen dorg pun banyak lagi, memang cepat je baik luka. Generally doktor kata 10 – 14 hari. Tp Mateen dengan Muammar dua-dua tak sampai pun 2 minggu. Few days je luka dah kering, cuma tunggu ring dia tu tertanggal je.

Baby nangis tak? Of course nangis. Sebelum doktor potong tu, dia bius dulu. Masa tu baby nangis sbb jarum kan. Then masa prosedur tu baby nangis doktor kata bukan sebab sakit, dia dah tak rasa pun sebab dah bius. Tapi baby nangis sebab doktor nurse pegang dia tak bagi bergerak jadi dia tak selesa. Itu je. Balik daripada hospital tu ada la menangis kejap mungkin tak selesa ada benda (ring) dekat situ. Tapi kejap je. Takde meragam, takde demam. Tidur susu semua macam biasa je Alhamdulillah Allah permudahkan urusan berkhatan Muammar & Mateen. I share tips jaga baby yang berkhatan dekat ruangan komen ok.

Okay, Ramadhan ni boleh la Muammar dengan Mateen join jemaah terawih .Mana geng dah sunat tu? Hadirkan diri!

TIPS BAWA ANAK MASIH KECIL BERSUNAT, SEBELUM & SELEPAS

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar

Sebelum:

1. Pakaikan baju two-piece, elak pakai romper supaya bila dah selesai khatan bahagian tu tak terhimpit.

2. Bawa extra diaper yg one size bigger drpd saiz biasa baby pakai.

3. Ready mental dan emosi sebab masa baby nangis tu kita memang kesian. Tapi percayalah, cepat je sembuh, dia punya tu jd cantik & bersih je.

Selepas:

1. Be extra careful masa mandikan – lap lembut-lembut – sapu ubat – pakai diaper.

2. Pakaikan diaper one size bigger sepanjang luka belum kering.

3. Pakaikan diaper longgar-longgar je.

4. Kerap salin diaper supaya kawasan luka sentiasa bersih dan tak lembab.

5. I sapu jugak AO Waleet (beli dkt @sigadisjane ) lepas hari ke-3 selang-selang dengan ubat yang doktor bagi.

6. Kalau ada macam bengkak sikit tu normal. I sapu Tasneem Balm (Calm Time). Korg belilah dekat mana-mana agent.

7. Elakkan dukung baby dengan posisi yang menghimpit bahagian luka especially masa first few days.

8. Tunggu ring tanggal sendiri. Jangan masa dia tinggal sikiiit je lagi tu awak gatal tangan nak cabut ya! Tu je kot.

Sumber: Instagram @tashamanshahar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×