Famili

Berhenti Kerja Demi Ibu Mertua, Tutup Perniagaan Beberapa Kali- Jom Baca Bagaimana Bengkel Ni Bantu Siti!

2.6K
SHARES

Rata-rata orang kehilangan pekerjaan akhir-akhir ini akibat pandemik ini. Situasi menjadi lebih sukar apabila kebanyakkan surirumah tidak bekerja dan tidak putus asa mencari peluang untuk membantu suami mereka untuk mendapatkan lebih sumber pendapatan.

Tambahan lagi, terdapat juga yang mempunyai masalah peribadi dimana mereka perlu menjaga orang tua atau anak-anak yang kurang upaya menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk menambah pendapatan.

Perkara yang sama menimpa Siti Aishah,37, apabila beliau terpaksa berhenti kerja sebagai seorang pensyarah kuliner di sebuah kolej swasta yang menghadapi cabaran disebabkan Covid-19 pada September lalu. Sejurus itu, beliau memutuskan untuk menceburi dalam bidang perniagaan dengan menjual pelbagai makanan, untuk menyara keluarganya.

Seorang yang berani mencuba pelbagai pekerjaan walaupun ia banyak diceburi oleh kaum lelaki

Tak kisah sama ada perniagaan itu besar atau kecil, memasak adalah sesuatu yang diminati oleh Siti, kerana beliau berasa puas hati apabila melihat orang ramai menikmati masakannya.

Siti memang minat mempelajari kemahiran memasak, dan sering berkongsikan ilmu masakannya dan resepi untuk majalah RASA.

BERKALI-KALI CUBA MEMBUKA KEDAI MAKANAN, TETAPI GAGAL JUGA

Beliau pernah membuka kedai nasi campur, namun ia tidak membuahkan hasil dan hanya bertahan selama 5 bulan sahaja.

Pernah juga seketika di mana ibu mertua beliau tidak sihat dan beliau bersama suami memutuskan untuk menghentikan perniagaan dan pulang ke kampung demi menjaga ibu mertua beliau.

Selepas ibu mertua beliau sihat, beliau kembali ke Shah Alam dan membuka restoran makanan barat tetapi ia juga tidak berjalan dengan lancar dan akhirnya terpaksa ditutup juga.

PENGALAMANNYA MENJADIKAN DIA SEBAGAI SEORANG WANITA YANG BERANI

Pada mulanya, beliau berasa nak putus asa kerana telah gagal banyak kali. Lagipun, tiada sesiapa dalam keluarganya erti untuk memulakan perniagaan.

Namun beliau sangat bertuah kerana dapat sokongan dari keluarga, suami dan kawan-kawannya. Ayah beliau adalah sumber motivasi utama Siti kerana dia sering membantu dari segi kewangan dan juga memberi sokongan yang sewajarnya.

Beliau menguatkan semangat dan memutuskan untuk mengambil langkah yang pertama untuk meningkatkan keyakinan dirinya dan mempelajari kemahiran yang mampu membantunya untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Datin Paduka Eina Azman adalah motivasi sebenar Siti  menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®

Semuanya bermula apabila beliau ternampak iklan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, dan terus memberitahu pada suami yang beliau ingin mendaftarkan diri. Suami beliau yang sememangnya sering menyokong,memberikan kata-kata semangat dan mempercayai kebolehan beliau, mengalakkan Siti untuk menyertai program ini.

Menurut Siti, Datin Paduka Eina Azman sememangnya mentor beliau!

Saya mengikuti lakonan beliau dari dulu hingga Datin berumahtangga! Saya juga mengikuti program masakan Datin di Instagram. Sangat kagum apabila melihat perwatakan dan kesungguhan Datin walaupun dia seorang pelakon wanita cantik dan hidup mewah tapi berani mencuba sesuatu yang luar dari bidangnya. – Siti Aishah

“Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® telah membantu saya membina keyakinan diri”

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® ni menurut Siti membantu beliau untuk lebih berani untuk berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan dengan cara yang betul. Beliau juga dapat mempelajari kemahiran digital untuk meningkatkan produktiviti lantas membantu perniagaan beliau.

“Saya lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan-pelanggan saya sekarang. Secara tidak langsung, setelah mengikuti Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®, tahap pengenalan saya dengan pelanggan-pelanggan sudah meningkat dan membina hubungan yang lebih rapat dengan mereka.”

Pelajaran paling utama yang beliau dapat ialah bagaimana kita sebagai peniaga perlu sentiasa berfikiran positif dan tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Sebaliknya, kita perlu memotivasikan diri kita dan jangan berasa takut apabila menghadapi sebarang cabaran.

“Apakah input yang bengkel ini berikan untuk menambah baik perniagaan Siti?”

Antara input yang beliau dapat ialah:

  • Melalui bengkel ini, saya dapat mempelajari teknik digital seperti
    mengggunakan My Google Business untuk membantu perniagaan
    saya.
  • Saya mendapat rujukan bagaimana saya boleh meningkatkan kapasiti
    pengeluaran.
  • Tip yang dikongsikan juga membantu saya merujuk semula kos
    pengeluaran produk dan perkhidmatan yang saya jalankan.

Dengan azam beliau untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu masakan beliau, Siti berharap untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Beliau kini mempunyai mempunyai perniagaan di rumah dengan menjual kek, brownies, Laksa Johor dan Laksam Kelantan, nasi kerabu dan juga membuat perkhidmatan katering secara berkecilan tau!

Kalau anda nak support perniagaan Siti anda boleh ke Facebook atau Instagram beliau: LelehBonda.

Apa Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tu?

Pandemik ini telah menyebabkan banyak orang kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan, terutamanya kaum wanita. Kebanyakan wanita ini berhasrat dan bersemangat untuk menyumbangkan kepada kehidupan keluarga mereka, khususnya pada masa yang sukar ini.

Akibat situasi ini, kaum wanita perlu memberanikan diri mereka untuk melakukan sesuatu yang baru atau pangsi supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka serta menjaga keluarga pada masa yang sama.

Dengan itu, MAGGI ® telah menganjurkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI ® untuk membantu wanita bagi meningkatkan keyakinan diri, kemahiran teknologi/keusahawanan dan juga cara pemasakkan.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® telah disertai 905 wanita seluruh Malaysia!

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI ® telah disertai seramai 905 wanita dari seluruh Malaysia pada September dan Oktober yang lalu. Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI ® adalah salah satu dari komponen dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI ® , sebuah program nasional yang dianjurkan bersama Women Will oleh Google Malaysia.

Selepas itu, peserta-peserta dari bengkel akan dipilih untuk menjalani beberapa siri temu-bual dan penilaian, di mana 3 mentee akan menerima bimbingan secara peribadi oleh usahawan dan personaliti berjaya.

Antaranya ialah Aktres, Usahawan, Penggemar makanan dan duta jenama bagi MAGGI ® CukupRasa Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place Sheila Rusly serta Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery Anne Idris.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini anda boleh layari www.maggi.com.my/takkenaltakcinta atau www.facebook.com/MaggiMalaysia !

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×