Akibat berebut tempat duduk di dalam kereta ketika pulang sekolah, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dipercayai ditikam kakak sendiri pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, perselisihan itu berlarutan sehingga mereka tiba di rumah di Ulu Pulai, Ulu Choh.
Baca juga: Lelaki Curang Diserang Skandal Ketika Keluar Dengan Isteri & Anak, Kecoh!
BEREBUT TEMPAT DUDUK DALAM KERETA, KAKAK TIKAM ADIK
Si kakak berusia 18 tahun bertindak sedemikian kerana berang diejek oleh adiknya ketika mahu masuk ke dalam rumah. Pihak polis menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 2.15 petang dan mangsa dilaporkan maut ditikam.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Aminah,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan serta perintah tahanan reman untuk siasat lanjut.
Sumber: Berita Harian