Hebahan

Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!

1
SHARES

11street bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas untuk menyediakan hidangan paling penting kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi satu kempen kebajikan atas talian

 

Kempen Do Good Deals 11street membawakan senyuman kepada pelanggan atas setiap ringgit tambahan yang dikeluarkan. 11street akan mendermakan wang tersebut untuk membantu kanak-kanak di Malaysia, ketika pelanggan membeli-belah keperluan Raya mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016

Do Good Deals 00

Sepanjang bulan Ramadan – 6 Jun hingga 5 Julai – 11street (www.11street.my), e-mall yang pantas berkembang di Malaysia akan bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas untuk melancarkan kempen kebajikan ‘Do Good Deals’. Kempen tersebut bertujuan mengumpul dana untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dan menyediakan mereka dengan hidangan harian yang paling penting.

Di Malaysia, 11street memang terkenal di kalangan pengguna yang ingin mencari pelbagai jenis produk pada harga yang cukup menarik. Ingin membuat sedikit kelainan pada Ramadan kali ini, gergasi e-dagang itu melancarkan satu inisiatif kebajikan yang dikenali sebagai ‘Do Good Deals’. Ia menawarkan orang ramai peluang untuk Beli Sambil Memberi, menerusi pelbagai tawaran menarik di samping menjadi satu platform untuk para pelanggan melakukan kebaikan kepada komuniti.

Do Good Deals 01 - BM

Pada laman ‘Do Good Deals’11street, pelanggan boleh memilih untuk membayar harga sumbangan ke atas beberapa produk terpilih di mana harganya sedikit tinggi berbanding harga runcit yang dicadangkan. Apa jua wang tambahan yang disumbangkan oleh pembeli akan disalurkan dengan sebaiknya oleh 11street. Semua hasil sumbangan kemudian akan didermakan untuk membantu menyediakan makanan kepada kanak-kanak di sekolah di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, “Di 11street, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi dan bukan sekadar menerima. Salah satu cara kami menyumbang kembali kepada rakyat Malaysia adalah dengan menberikan tawaran hebat buat mereka. Pada musim perayaan kali ini, kami terus berpegang kepada nilai utama kami iaitu untuk menawarkan tawaran hebat. Namun, apa yang berbeza adalah kami memberikan perspektif berlainan tawaran hebat dengan membawakan senyuman di wajah pelanggan apabila membayar pada harga yang lebih tinggi.”

Do Good Deals 03

“Untuk membuatkannya relevan kepada para pelanggan, kami memilih jenama dan produk yang berkongsi kepercayaan sama dengan kami, sebelum kami menaikkan laman ‘Do Good Deals’ sempena Ramadan ini. Untuk menjadikan kempen ini lebih mengujakan, kami komited untuk mengumpul setiap ringgit yang disumbang oleh rakyat Malaysia demi menawarkan masa depan yang cerah buat anak-anak kita,” tambah Kim.  

Sumbang Makanan Kepada Seorang Kanak-kanak Dengan Hanya satu Klik

Do Good Deals 05

Bekerjasama rapat dengan Yayasan Kebajikan Budimas, hasil sumbangan daripada kempen ‘Do Good Deals’ 11street akan digunakan untuk membeli sarapan kanak-kanak kurang bernasib baik. Program ini dijadual bermula pada September 2016.

Inisiatif ini merupakan lanjutan kepada Dana Kebajikan Makanan Budimas yang telah diperkenalkan sejak tahun 2010. Ia bagi memastikan murid-murid yang datang dari keluarga miskin tidak pergi ke sekolah dalam keadaan lapar. Yayasan Budimas kini membantu lebih 6,900 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dengan menyediakan mereka sarapan pada setiap hari di sekolah.

Do Good Deals 06

“Sarapan ialah hidangan paling penting. Ia juga penting bagi pertumbuhan kanak-kanak dan kemampuan pelajar untuk fokus ketika berada di dalam kelas. Justeru, inisiatif sarapan ini bukan sekadar memastikan setiap kanak-kanak diberi makanan pada waktu pagi, tetapi menyediakan mereka peluang pendidikan,” jelas Ketua Pegawai Yayasan Kebajikan Budimas, Anne Rajasaikaran. “Inisiatif 11street memiliki matlamat yang sama. Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan mereka ketika kami terus membantu kanak-kanak yang sememangnya memerlukan perhatian dan pertolongan.”

Menyumbang untuk Usaha Murni

Do Good Deals 07

Bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam inisiatif Beli Sambil Memberi, pelbagai produk yang terdiri daripada barang-barang runcit, produk isi rumah hinggalah elektronik akan dijual  mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016. Jadi, pelanggan boleh melengkapkan kediaman masing-masing dengan apa jua barangan yang diperlukan untuk menyambut Hari Raya. Antara jenama yang bekerjasama dengan 11street termasuklah Tupperware, Kinohimitsu dan banyak lagi.

Menerusi inisiatif ini, 11street cuba menjangkau semua rakyat Malaysia dan menyampaikan bantuan mereka dalam memastikan kanak-kanak di seluruh negara tidak lapar pada waktu pagi. Sertai usaha ini dan beli produk-produk yang ditawarkan pada harga sedikit tinggi demi manfaat kanak-kanak yang terlibat. Untuk menyokong usaha ini, sila layari laman web: http://www.11street.my/evt/do-good-deals-june2016/home.do.

Do Good Deals 08

Inisiatif ‘Do Good Deals’ juga berada di bawah payung Kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ 11street. Ia menggabungkan semua produk, perkhidmatan serta promosi berkaitan Ramadan dan Hari Raya yang dimahukan oleh rakyat Malaysia di bawah satu bumbung. Bagi mendapatkan keperluan Ramadan dan Hari Raya anda, sila layari laman web 11street.my (www.11street.my) atau hubungi talian 03-2720 0000 untuk maklumat lanjut.

11street logoBudimas Logo

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About 11street (www.11street.my)

11street is a trustworthy and convenient online marketplace that offers a great variety of products at competitive prices. It strives to revolutionise today’s consumers’ online shopping experience by making it more personalised and engaging. 11street has a diverse selection of product categories which are tagged on Fashion, Electronics, Groceries, Health & Beauty, Kids & Baby, Leisure & Sports, Home & Living and Books & Services including deal offerings like E-vouchers. 11street is also an optimised marketplace where its merchandising ecosystem, education and training programs can fully support sellers regardless of the size of their businesses. Established in Korea since 2008, 11street is now one of the top global e-commerce marketplace providers with 400,000 sellers serving over 30 million consumers worldwide. 11street also has a presence in Turkey and Indonesia, known as n11 and elevenia, respectively. For more information, please visit www.11street.my [/box]

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About The Budimas Charitable Foundation

The Budimas Charitable Foundation is a non-governmental, non-profit organization, incorporated under the Trustees Act 1952, with the mission to provide guidance and funding in support the welfare and the well-being of orphans and underprivileged children in Malaysia. It is a highly respectable foundation and has been actively helping underprivileged children, under the royal patronage of DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, since its inception in 1998. Budimas has spent over 18 years working to improve the lives of children through these programs, including the Budimas Home Charity Fund (BHCF), Budimas Food Charity Fund (BFCF) and Budimas Education Charity Fund (BECF). It is aimed to support and give the children a better future, especially to the most disadvantaged. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×