Kalau zaman dahulu, ibu kita selalu buat jemput-jemput pisang atau ‘cekodok pisang’ kan? Sedapnya! Sekarang pun cekodok pisang masih menjadi kegemaran ramai. Tetapi, selain cekodok, kita juga boleh pelbagaikan kegunaan pisang dalam resipi seharian. Contohnya dengan membuat muffin pisang. Bukan sahaja sedap, tetapi anak-anak juga akan suka dan boleh dibawa ke sekolah. Nak tahu macam mana nak buat? Mudah sahaja rupaya dengan berpandukan resipi dari Puan Puteri Nor Aisyah di laman Facebooknya.
Muffin Pisang~
Petang tadi, cikgu tukarkan pisang pemberian ibu salah seorang murid kepada muffin. Tak perlu susah-susah, kita pakai blender je. Resepi boleh lihat pada gambar.
LANGKAH PERTAMA

www.facebook.com/puteri.n.aisyah
Yg penting ada blender. Buang kulit pisang terlebih dahulu. Kalo rajin, lenyek pun bleh. Sy guna sesikat pisang jenis Rastali, lebih kurang 8-10 biji. Mcm mak2 kita buat cekodok. Setahu sy, pisang emas n berangan pun sesuai kalo nk buat cekodok n kek.
LANGKAH KEDUA

www.facebook.com/puteri.n.aisyah
Masukkan 2 cawan tepung (ayak) , 3 biji telur, 1 cawan gula perang, 1 cawan minyak,1 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil soda bicarbonate, 1 penutup esen vanilla, secubit garam. Kemudian blend kesemua bahan tersebut.
Nk kacau pakai senduk pun bleh. Matlamatnya adalah bancuhan mesti sebati.
LANGKAH KETIGA

www.facebook.com/puteri.n.aisyah
Lps blend, masukkn bancuhan ke dlm paper cup. Tuang separuh je. Bleh letak coklat cip sebagai hiasan.
LANGKAH KEEMPAT

www.facebook.com/puteri.n.aisyah
Bakar pd suhu 170 darjah Celsius selama 25-30 minit.

www.facebook.com/puteri.n.aisyah
Tadaaa…inilah hasil muffin pisang. Selamat mencuba kawan-kawan!
Sumber Facebook : Puteri Nor Aisyah