Didik

Belajar Di Rumah Lebih Seronok Dengan LearninPal, Aplikasi E-Pembelajaran Terbaru Dari MPH!

17
SHARES

Anda pastinya runsing menyusun aktiviti yang bakal anak-anak lakukan sepanjang cuti sekolah ini bukan? Lagi-lagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun hadapan. Maklumlah, sebagai ibu bapa pastinya anda mahu masa mereka diisi dengan perkara yang berfaedah.

Anda pernah dengar tentang e-learning? Ia adalah sistem pembelajaran atas talian dengan bantuan sumber elektronik seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya. Dengan kemajuan pesat dalam teknologi, ramai yang menyokong penggunaan aplikasi e-pembelajaran.

Ini pasti boleh menjadi medium terbaik untuk anak anda isi masa terluang mereka sepanjang cuti sekolah.

LearninPal, aplikasi e-pembelajaran interaktif sosial 2020

MPH melancarkan aplikasi e-pembelajaran interaktif sosial terbaru yang dikenali sebagai LearninPal. Platform ini menawarkan pelbagai penyelesaian pembelajaran dari kandungan video atas permintaan hinggalah e-book dan bilik darjah langsung. Paling unik, LearninPal merupakan aplikasi e-pembelajaran pertama dilancarkan di Malaysia!

Ini antara fungsi menarik LearninPal yang dapat kami terjah. Kami yakin fungsi-fungsi ini pasti berguna untuk pembelajaran anak-anak dan anda sendiri di rumah.

  • palReads: Baca lebih 500 buku pada bila-bila masa dan di mana saja. Taklah penat nak bawa buku yang berat ke hulur ke hilir
  • myMentor: Belajar dengan pakar pengajar di seluruh negara. Boleh belajar dengan mereka melalui strim langsung atau secara peribadi
  • palRevise: Uji dan latih kefahaman dengan soalan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang lalu
  • palReplay: Dapat tonton video dan tutorial yang menarik
  • myCalendar: Semak sesi pembelajaran tanpa ketinggalan kelas pada setiap masa
  • palReality: Pertingkatkan pendidikan dengan pembelajaran bantuan AR

Apa yang kami boleh katakan, LearninPal sangat mudah dan bagus digunakan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini. Bolehlah belajar dengan lebih seronok di rumah. Nak lagi best? Bulan Disember ini, LearninPal ada benda menarik untuk anak-anak anda.

Rasai keseronokan belajar di LearninPal eCarnival

Seiring dengan pelancaran rasmi LearninPal, anak anda juga boleh sertai LearninPal eCarnival bermula 19 hingga 21 Disember 2020. Mereka berpeluang untuk mengenali lebih 15 mentor utama, pengajar dan wakil dari pusat pembelajaran seperti Engineering For Kids, iTrainKids dan Eduspace Training.

Siapa yang ada sewaktu LearninPal eCarnival? Chavez Yong, pengajar IT di iTrainkids akan ajar anak anda cara membina permainan 2D menggunakan perisian pembuatan permainan Konstruk 3.

Selain tu, siri Kelas Bintang SPM, di mana pendidik yang disahkan seperti Gurdev Singh (Sains), Muhammad Danial Ziqri (Matematik), dan Siva Ramana (Ekonomi) juga ada untuk bantu anak anda yang akan menduduki SPM tahun depan.

LearninPal eCarnival juga ada pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti sesi bercerita Krismas, sesi membuat DIY untuk anak-anak, dan webinar keibubapaan.

Pendek kata, LearninPal bukan setakat untuk pelajar tapi untuk semua! Nak diskaun dan kelas percuma? Baik tempah slot anda di LearninPal sekarang.

Dalam semangat untuk mendorong pembelajaran, penerbit terkemuka bahan pendidikan seperti Ilmu Bakti, Pelangi, Fargoes, dan Karangkraf turut menyediakan kandungannya secara digital melalui LearninPal sepanjang bulan Disember. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku rujukan digital yang anda nak ya!

Macam mana nak sertai LearninPal eCarnival? Senang sangat! Anda hanya perlu muat turun aplikasi LearninPal di Apple App StoreGoogle Play atau Huawei App Gallery. Anda juga boleh log masuk ke LearninPal di www.learninpal.com untuk menyertainya.

Kamus percuma kepada 500 pengguna baru pertama!

LearninPal nak bagi kamus PERCUMA dengan syarat anda perlu menjadi antara 500 pengguna baru pertama yang mendaftar di laman web mereka, www.learninpal.com. Pemberian ini terbuka untuk semua yang berada di Lembah Klang dan akan berakhir pada 31 Disember 2020. Bestnyaaa!

Buat pengguna yang sedia ada, anda boleh juga boleh menuntut kamus PERCUMA ni tau. Anda hanya perlu like dan share post https://bit.ly/3me4XDu di Facebook Page LearninPal.

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini tentang LearninPal eCarnival dan hadiah peraduan di Facebook Page LearninPal dan Instagram @learninpal.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari www.learninpal.com. Sebarang pertanyaan boleh e-mel mereka di [email protected] atau WhatsApp +6017-735 5947.

Semoga anda sekeluarga seronok belajar dengan LearninPal di musim cuti sekolah ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×