Kewangan

Gagal Bayar Nafkah, Bekas Suami Bakal Berdepan Dengan Sekatan Bank

70
SHARES

Bekas suami yang gagal membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri bakal berdepan tindakan sekatan bank.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) mengadakan perbincangan bagi melaksanakan tindakan untuk bekas suami yang gagal membayar nafkah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa

Image via Sinar Harian

Usaha ini juga bagi memperkasakan penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar terhadap perintah pihak mahkamah. Menurut laporan, Datuk Seri Mujahid juga mengatakan bahawa ramai dalam kalangan wanita yang tidak diberikan keadilan oleh bekas suami dari sudut nafkah yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah syariah.

Image from Berita Harian

Image via Berita Harian

Menurutnya “Perkara ini telah dibincangkan diperingkat JKSN, juga diperingkat kami (kementerian) dan saya harap penguatkuasaan itu akan dipertingkatkan termasuk melibatkan isu sekatan bank” . Perkara ini juga telah selesai dibincangkan diperingkat JKSN dan juga diperingkat kementerian. Beliau juga berharap supaya penguatkuasaan itu akan dipertingkatkan termasuk melibatkan isu sekatan bank untuk mereka.

Namun begitu, pihak mereka juga memerlukan sedikit autoriti untuk membuat tindakan ke atas suami-suami yang sukar/liat untuk membayar nafkah kepada bekas isteri dan juga anak-anak. Tegasnya lagi bahawa, keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah syariah apabila ditentukan perlu dibayar dan tidak seharusnya diambil mudah oleh individu yang terlibat di luar sana.

“Kebanyakan bekas isteri tiada tempat untuk mengadu dan terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan.”

“Oleh itu saya harap penguatkuasaan juga mesti ditumpukan kepada soal keluarga yang mana wanita-wanita yang diceraikan banyak sekali tidak mendapat hak mereka bila bekas suami ini berasa mereka tidak dikuatkuasakan tanggungjawab mereka untuk memberi nafkah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×