Inspirasi

Tak Payah Berebut Ketika Rehat, Program Inisiatif Bekal Makanan Di Sekolah Ini Dapat Pujian

3.2K
SHARES
idea bekal anak

Pemakanan anak-anak ke sekolah yang sihat dan seimbang perlu dititikberatkan. Hal ini kerana anak-anak memerlukan tenaga yang banyak untuk membantu mereka terus fokus dalam pembelajaran. Tidak kira sama ada makanan yang dibawa dari rumah atau yang dibeli di kantin sekolah, kebersihan perlu dijaga.

Ramai dan perlu beratur lama merupakan situasi yang perlu dialami oleh anak-anak apabila mahu membeli makanan di kantin sekolah. Namun berbeza pula dengan inisiatif yang diambil bagi pengusaha kantin dan sekolah ini dimana mereka menjalankan satu program yang dapat menyediakan bekal makanan sihat kepada para pelajar. Memang patut dicontohi!

MOMMY DAH TAK PERLU FIKIR BEKAL ANAK

Alhamdulillah.. Mudah dah Raisha makan di sekolah masa rehat, mummy tak perlu bekalkan dia dan fikir apa nak bagi dia bekal hari-hari.

Raisha turun dari kelas terus duduk dimeja dann org kantin terus letak makanan kat die, tempat duduk tu adalah tempat yg sama sehingga hujung tahun, tak perlu nak cari tempat duduk, tak perlu beratur nak beli makanan, jadi masa 20 minit tu memang betul-betul masa makan sahaja.. Duit pun tak perlu bawa dah.. Jadi takde la kes duit hilang atau tercicir..

Terima kasih pihak kantin iaitu encik Mohd Fahmi Ahmad selaku pengusaha serta isterinya puan Nadirah Azizan, guru besar SK Pauh Jaya Tuan Ramlee Abu Bakar serta guru-guru.. Syukur dipermudahkan.. Anak pun dpt makanan dan minuman yg berkhasiat setiap hari.

MERUPAKAN PROGRAM INISIATIF SEKOLAH

Ini adalah program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah (HiTS), diperkenalkan oleh unit pemakanan pejabat kesihatan daerah SPT di sekolah tersebut dengan pilihan menu yang sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur.

Disebabkan ramai yang bertanya berapa harga dan bagaimana.. Disini saya jelaskan secara details ya. Program ini dibayar secara bulanan oleh parents kepada pihak kantin iaitu RM 3/Pax termasuk air.. Tiada paksaan untuk join program ini, program ini terbuka kepada parents yang berminat sahaja, di kantin masih ada aktiviti jual beli seperti biasa bagi pelajar yang tak join program HiTS ini.

Sumber : Salehah Ariffin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×