Satu lagi kejadian menyayat hati berlaku apabila seorang bayi usia sebulan maut di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata bayi lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan dan disahkan sudah meninggal dunia.
Baca juga: Al Fateh Bukan Kes Pertama, Haura Najia Juga Maut Akibat Pengasuh Bedung & Sumbat Botol Susu!
BAYI USIA SEBULAN MAUT SELEPAS MINUM SUSU
Bayi berusia 30 hari itu dikatakan tidak sedarkan diri jam 5.30 petang selepas diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan untuk menjaga bayi berkenaan.
Hasil siasatan daripada pihak polis mendapati kejadian berlaku pada jam 5.30 petang di sebuah pusat jagaan berpantang yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.
“Dalam kejadian itu, mangsa seorang bayi lelaki berusia 30 hari didapati tidak sedarkan diri selepas diberikan susu oleh seorang jururawat sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital,” jelasnya.
Polis telah menahan jururawat berusia 20-an yang ditugaskan menjaga bayi terbabit pada jam 6 petang semalam (10 September) untuk siasatan lanjut.
Pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap jururawat terbabit di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Baca juga: Serius! Ibu Ayah Kena Tukar Gaya Cakap Dengan Anak Kalau Dah Nampak Tanda Ini
Sumber: Harian Metro