Kini Trending

Bayi Lelaki 4 Bulan Maut Akibat Dilempar Monyet Liar Ketika Di Rumah

26
SHARES

Seorang bayi berusia empat bulan didakwa terlepas daripada pelukan ibu bapanya dan dilempar sehingga mati oleh monyet liar di India.

Insiden ngeri itu berlaku di perkampungan pedalaman Dunka, berhampiran dengan bandar Bareilly. Ketika kejadian, bapa mangsa, Nirdesh Upadhyay berdiri di bahagian teres rumah tiga tingkatnya bersama isteri serta anak lelaki mereka.

Baca juga: Disangka Kencing Berdarah Rupanya Lelaki Ini Datang Haid

BAYI LELAKI 4 BULAN MAUT AKIBAT DILEMPAR MONYET LIAR

Ketiga-tiga mereka sedang menikmati suasana petang di atas teres rumah tersebut dan secara tiba-tiba kawanan monyet liar memanjat ke atas bumbung dan mengepung mereka.

Selepas beberapa kali cuba menghalau monyet tetapi gagal, pasangan berkenaan cuba melarikan diri dan masuk ke dalam rumah, namun Nirdesh yang memangku anaknya tersadung, lalu bayi tersebut terlepas dari dukungannya.

Dalam hanya beberapa saat, bayi tersebut disambar oleh salah seekor monyet lalu melemparnya ke bawah rumah. Bayi lelaki itu disahkan maut di tempat kejadian.

Insiden itu kini dalam siasatan pihak polis dan menurut ketua pemuliharaan bandar Bareilly, Lalit Verma berkata, pasukannya telah dihantar untuk menyiasat penglibatan monyet-monyet itu dalam kematian kanak-kanak itu.

Jelasnya, sudah beberapa kes dilaporkan di India melibatkan kematian kanak-kanak gara-gara diserang binatang liar itu walaupun monyet secara umumnya boleh hidup dalam keadaan harmoni bersama manusia.

Sumber: Daily Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×