Famili

Disangka Kencing Berdarah Rupanya Lelaki Ini Datang Haid

67
SHARES

Seorang lelaki di China dilaporkan sering mengalami masalah kencing berdarah. Walaubagaimanapun, selepas pemeriksaan dibuat mendapati bahawa dia sebenarnya datang haid, lapor laman berita Wion News semalam.

Lelaki berusia 33 tahun dikenali Chen Li, berasal dari wilayah Sichuan, juga sering sakit pada bahagian abdomen dan berlarutan selama beberapa jam.

Baca juga: Pengantin Baharu Terima Barang Kemas, Hadiah Daripada Setiap Tetamu

DISANGKA KENCING BERDARAH RUPANYA LELAKI INI DATANG HAID

Hasil pemeriksaan pihak doktor sebelum ini mendapati dia menghidap apendiks, namun simptom tersebut masih berlaku meskipun telah diberikan ubat.

Chen Li terkejut apabila doktor lain mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan sistem pembuangan air kecil tetapi mengalami kitaran haid seperti wanita.

Selain itu, pemeriksaan perubatan lanjut turut mendapati dia mempunyai organ pembiakan wanita seperti ovari dan uterus. Laporan pemeriksaan juga mendapati kadar hormon seks lelaki iaitu androgen dalam badan Chen Li berada di bawah paras normal bagi lelaki.

Hormon seks wanita Chen Li adalah setanding dengan yang ditemui dalam tubuh wanita dewasa sihat. Chen Li kemudian disahkan memiliki kedua-dua organ pembiakan lelaki dan wanita.

Pada Jun lalu, dia telah mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan membuang organ pembiakan wanita dalam badannya.

Sumber: Wion News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×