Famili

Bayi Kembar Lahir Bersama Kantung Ketuban, Berlaku Sekali Dalam Setiap 80,000 Kelahiran!

276
SHARES

Seorang bayi perempuan yang merupakan kembar dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean Section (C-Sect) dengan kantung ketuban yang masih utuh, lapor akhbar Mirror UK.

Peristiwa satu dalam 80,000, dipanggil ‘kelahiran bertudung’ atau ‘kelahiran duyung’, adalah apabila bayi keluar masih di dalam kantung ketuban yang belum pecah dan biasanya pecah apabila seorang wanita melahirkan anak.

Baca juga: Kerana Rindukan Isteri, Suami Sanggup Dayung Bot Dari Phuket Ke India Sejauh 2,500KM!

BAYI KEMBAR LAHIR BERSAMA KANTUNG KETUBAN

Kantung ketuban ialah kantung nipis berisi cecair yang meliputi janin semasa dalam kandungan dan membantu melindunginya daripada kecederaan dan mengawal suhu supaya kekal panas.

Sepasukan doktor berjaya melahirkan bayi kembar itu di sebuah hospital di bandar Vinaros, di wilayah Castellon, di wilayah Valencia timur Sepanyol, pada hari Rabu lalu.

Pakar sakit puan dan obstetrik Ana Teijelo, bertanggungjawab ke atas pasukan perubatan yang menjalankan pembedahan C bagi memastikan kelahiran itu berjalan dengan lancar.

“Hari ini di Hospital Vinaros kami melakukan pembedahan Caesarean Section (C-Sect) bertudung (kembar ke-2) dan anda boleh lihat keghairahan pasukan kami.

“Jadi kepada semua bakal doktor, pelajar perubatan…ingat, di semua hospital anda boleh belajar banyak. Perkara yang paling penting ialah jangan pernah hilang semangat,” ujar Teijelo.

Sumber: Mirror UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×