Hebahan

Bayi 17 Bulan Catat Kes Kematian Pertama HFMD Di Pulau Pinang. Ibu Bapa Perlu Waspada

192
SHARES

Seperti yang kita tahu, kes Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) sedang meningkat dan menular di semua negeri di Malaysia. Terbaru, sumber berita dari Astro Awani melaporkan bahawa Pulau Pinang telah merekodkan kes kematian pertama di Malaysia akibat HFMD.

Kes Kematian Pertama Akibat HFMD Di Malaysia

Menurut laporan Astro Awani, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan kematian seorang bayi berusia 17 bulan di Pulau Pinang 6 Jun lalu adalah akibat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata sekumpulan pakar telah menjalankan ujian makmal melalui sampel darah yang diambil terhadap bayi tersebut sebelum kematiannya.

“Mangsa telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Bayan Lepas pada 3 Jun lalu sebelum meninggal dunia

“Kes ini menjadikan Pulau Pinang merekodkan kes pertama kematian membabitkan penyakit HFMD di Malaysia.

“Perbincangan oleh pakar-pakar perubatan telah mengesahkan bahawa kematian bayi berkenaan adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru akibat komplikasi virus EV71 yang menyebabkan penyakit HFMD,” ujar beliau.

Dari 1 Januari hingga 29 Julai 2018, bilangan kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara adalah berjumlah 39,408 kes.

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan di Sarawak disyaki meninggal dunia akibat HFMD pada Sabtu lalu namun punca kematian sebenar kanak-kanak itu bukan disebabkan HFMD tetapi akibat jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia).

Pelbagai Langkah Dipergiat Untuk Membanteras HFMD

Memandangkan pada masa kini, Malaysia sedang mengalami bilangan kes HFMD yang tinggi, kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kementerian dan agensi berkaitan telah dan sedang dilaksanakan bagi mengawal peningkatan kes HFMD ini; khususnya kempen pelaksanaan 5 Perkara Utama iaitu:

i. Penjagaan kebersihan diri;
ii. Amalan cuci tangan yang betul;
iii. Penjagaan kebersihan persekitaran;
iv. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah dan sekolah; dan
v. Nyahkuman (disinfection) permukaan-permukaan yang tercemar.

Kempen ini akan dilaksanakan secara intensif dan berterusan selama 3 minggu dan ia merangkumi semua taska, tadika, tabika dan pra-sekolah, seperti yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui media sosial hari ini.

Ibu Bapa Jangan Leka, Perlu Aktif Main Peranan

Berikutan meningkatnya kes HFMD yang semakin membimbangkan, buat masa ini ibu bapa ditegaskan agar mengelakkan daripada membawa anak-anak ke tempat tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar malam atau taman permainan.

Selain itu, amalkan langkah pencegahan yang disarankan terutamanya dalam bab kebersihan. Untuk info terkini berhubung status HFMD, ikuti page Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook.

*Sumber: Astro Awani, FB Rasmi Kementerian Kesihatan MalaysiaThe Malay Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×