Sihat

[TERKINI] Kes HFMD Meningkat 20 Kali Ganda, Kanak-Kanak Bawah 6 Tahun Ramai Dijangkiti

676
SHARES

Sehingga Sabtu lalu, kes jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) meningkat 20 kali ganda iaitu sebanyak 47,209 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah berkenan, Selangor menyumbang kes terbesar iaitu sejumlah 13,640 kes atau 28.9 peratus, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 6,209 kes (13.1 peratus) dan Perak (4,099 kes).

Baca juga: Jangkitan HFMD Melepasi Paras Amaran Di Selangor, Anak Dijangkiti Jangan Bawa Keluar

KES HFMD MENINGKAT 2O KALI GANDA

Memetik laporan BH Online, peningkatan kes HFMD itu turut dilaporkan di Kelantan dengan 3,726 kes (7.9 peratus) dan Sabah 3,352 kes (7.1 peratus) manakala, negeri lain mencatatkan kurang daripada 2,500 kes.

“Kes HFMD bagi Minggu Epidemiologi (ME) 20/2022 adalah sebanyak 15,548 kes berbanding ME 19/2022 iaitu hanya 7,526 kes di seluruh negara, iaitu peningkatan adalah sebanyak 106.6 peratus.

“Peningkatan kes pada ME 20/2022 sudah dijangkakan berikutan pergerakan penduduk di negara ini semasa sambutan Aidilfitri.

“Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) di Malaysia, terdapat tiga virus utama yang menyebabkan penularan penyakit HFMD dalam komuniti pada tahun ini iaitu Coxsackie A16 (CA16), Coksackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71).

“Pada tahun ini, terdapat dua kes HFMD positif EV71 yang dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan kedua-dua kes berkenaan adalah kanak-kanak berusia bawah enam tahun,” jelasnya.

KES HFMD DALAM KALANGAN KANAK-KANAK 6 TAHUN KE BAWAH

Tambah Dr Noor Hisham lagi, kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 43,736 kes (93 peratus), diikuti oleh kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dengan 2,765 kes (6 peratus) dan selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu 696 kes (1 peratus).

“Majoriti lokasi penularan wabak ini berlaku di taska, tadika dan pra-sekolah iaitu 711 wabak (61 peratus), diikuti oleh rumah persendirian dengan 407 wabak (35 peratus) serta pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 42 wabak (3 peratus),” ujarnya.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berjaga-jaga dan tidak membawa anak ke tempat  berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×