Famili

Bayaran GKP 3.0 Mula Dikreditkan Hari Ini (8 Jun 2021). Ini Cara Semakan

82
SHARES

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas tentang inisiatif PEMERKASA+ akan disalurkan mulai Jun 2021.

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Umum beliau, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.

Semakan bayaran gkp 3.0

Terkini, bayaran GKP 3.0 telah dinaikkan kepada RM1,500 bagi setiap penerima dan bayaran tersebut akan dibuat dalam 2 fasa.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bayaran GKP 3.0.

Apakah Geran Khas Prihatin?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak Covid-19 melanda negara tahun lalu. GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.

Manakala, GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021.

Inisiatif ini mendapat dana su tikan tambahan melalui pengumuman PEMERKASA+ yang diumumkan pada 31 Mei 2021.

Semakan bayaran gkp 3.0

Syarat Kelayakan

GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini. Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:

1. Bukan penerima GKP sebelum ini.

2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

-Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.

-Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.

4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut:

-Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Semakan Status & Bayaran GKP 3.0

Semakan status boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM mulai 8 Jun 2021 bagi fasa pertama ini.

Bayaran akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

  • JUN 2021 – RM1000
  • JULAI 2021 – RM500

Kaedah Bayaran

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan. Akaun bank mestilah aktif.

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Sebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara).

Anda juga boleh berhubung dengan pihal LHDN melalui:

Hasil Live Chat: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Facebook Rasmi LHDNM: https://www.facebook.com/LHDNM

Twitter rasmi LHDNM: https://twitter.com/LHDNMofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×