Famili

PEMERKASA PLUS: Bayaran BPR Tambahan RM500 Akan Dikreditkan Jun Ini

27
SHARES
pemerkasa plus bpr tambahan rm500

Berita baik untuk penerima BPR! Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, diumumkan bahawa bayaran BPR tambahan akan diberikan kepada semua kategori penerima pada hujung Jun ini.

Bayaran BPR Tambahan Jun 2021

Berikut adalah jumlah yang akan diterima:

  • Kategori Isi rumah berpendapatan <RM2500 terima RM500
  • Kategori Isi rumah RM2501 – RM5000 terima RM300
  • Kategori Bujang akan terima RM100

bpr tambahan

Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Kata Perdana Menteri, “BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. “Bayaran ini adalah tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak RM2.4 bilion.

Moratorium Automatik

Selain bayaran BPR Tambahan ini, pemberian moratorium automatik juga turut diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pakej stimulus PEMERKASA PLUS tersebut.

Menurut beliau, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

Bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, terdapat 2 pilihan yang akan diberikan iaitu:

  1. Diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan ATAU
  2. Boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam enam bulan

bpr tambahan

Wah, berita baik tu kan?

Diharapkan dengan bantuan ini dapatlah sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia, khususnya yang benar-benar terkesan akibat penutupan operasi dalam tempoh PKP.

Jadi jangan lupa patuhi SOP sepanjang PKP Penuh ini ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×