Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semalam bahawa semua surat kelulusan untuk urusan berkerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terbatal mulai Rabu, 1 Jun 2021. Bagi yang telah berdaftar sebelum 1 Jun 2021, anda perlu memuat turun surat kebenaran MITI baharu dan mengemaskini senarai pekerja anda.
Cara Untuk Mendapatkan Surat Kelulusan MITI Baharu
Berikutan dengan pengumuman tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown) yang akan bermula pada 1 hingga 14 Jun 2021, hanya segelintir sektor-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi. Selain itu, surat kelulusan MITI yang telah dimohon sebelum 1 Jun 2021 juga akan terbatal.
Cara membuat permohonan bagi surat kelulusan MITI baharu
Permohonan bagi pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan sahaja boleh memohon di MITI:
https://notification.miti.gov.my/login
Permohonan bagi sektor-sektor selain pembuatan dan berkhidmatannya yang berkaitan perlu dimohon daripada kementerian yang mengawal selia sektor-sektor tersebut. Senarai Sektor Pembuatan & Perkhidmatannya Yang Berkaitan Yang Dibernarkan Beroperasi (1 – 14 Jun 2021)
Kapasiti (60% pekerja):
Bagi yg sudah berdaftar di CIMS 3.0 sebelum ini dan syarikat anda adalah di dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, anda hanya perlu log masuk ke CIMS dan muat turun surat baharu (panduan di grafik). Bagi yang belum berdaftar,klik tutorial ini utk panduan https://t.co/CUuSFDjl53 https://t.co/L9BUjWmhfR pic.twitter.com/HCyfOFf466
— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) May 31, 2021
-Aeroangkasa
-Makanan dan minuman
-Bahan pembungkusan dan percetakan
-Barang-barang penjagaan diri, dan bahan pencuci
-Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
-Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
-Komponen bagi peranti perubatan
-Elektrikal dan Elektronik
-Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
-Produk kimia
-Mesin dan peralatan
-Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
-Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
-Siapsiaga (10% pekerja):
-Automotif (kenderaan dan komponen)
-Besi dan Keluli
-Simen
-Gelas
-Seramik
Permohanan Bermula Pada 31 Mei 2021. Bagi syarikat yang belum berdaftar, pendaftaran boleh dibuat mulai Isnin, 31 Mei 2021, bermula jam 1:00 tengah hari. Anda perlu memuat turun surat kelulusan MITI baharu dan mengemaskini senarai pekerja. Untuk makluman lanjut mengenai CIMS 3.0, sila klik disini: www.miti.gov.my.
Sumber: MITI Malaysia (Siaran Media)