Rakyat

Bayaran BPR Fasa 2 Mulai 7 Mei, Rayuan Dibuka Dari 15-30 Jun 2021

3K
SHARES
duit bpr fasa 2

Kuala Lumpur: Bayaran BPR Fasa 2 (Bantuan Prihatin Rakyat) akan dibuat secara berperingkat mulai 7 Mei ini membabitkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.

Seramai 3.6 juta isi rumah, sejuta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang akan menerima bayaran berkenaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.

“Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut disertakan Kenyataan Media YB Tengku Zafrul Menteri Kewangan Berkenaan Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bernilai RM2.75 Bilion Secara Berperingkat Mulai 7 Mei 2021 (Jumaat).

bpr fasa 2

bpr fasa 2

 

Jumlah Bayaran BPR Fasa 2 Yang Akan Diterima Mengikut Kategori

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima:

bpr fasa 2

Semakan Status / Maklumat Pembayaran

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Untuk membuat semakan status pembayaran BPR Fasa 2, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi BPR 2021 di https://bpr.hasil.gov.my 
  2. Klik butang LOG MASUK
  3. Isikan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang SEMAK STATUS
  5. Status pembayaran anda akan dipaparkan

Tarikh Pembayaran

Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan dibuat dari 7 hingga 12 Mei ini dan bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan dibuat mulai 17 Mei nanti di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Perincian lengkap tentang kaedah pembayaran termasuklah jumlah bayaran Fasa 2 dan Fasa 3 boleh dirujuk dalam lampiran Soalan Lazim di bawah:

Permohonan Rayuan Dibuka Dari 15-30 Jun 2021

Menurutnya, bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),” katanya.

Baca juga: Cara Check Baki ASB Guna Maybank2U. Lagi Mudah, Tak Payah Install Banyak Apps

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pembayaran BPR Fasa 2 ini, sila rujuk saluran berikut:

  • Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • E-mel: [email protected]

 

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×