Bersalin

Barulah Suami Tak Kalut, Hanis Zalikha Kongsi Senarai Barang ‘Hospital Bag’ Untuk Mak Mak

1.3K
SHARES

“Barang labour apa lagi yang nak kena bawa ni eh?”

Masa yang telah ditunggu-tunggu bakal tiba dimana anda bakal melahirkan cahaya mata yang dinantikan! Tetapi, bukan sahaja persediaan dari segi mental dan fizikal sahaja, malah persediaan dari segi barangan yang anda perlu bawa ke hospital juga adalah penting. Baru-baru ini selebriti terkenal Hanis Zalikha sudah melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Alisa Aisyah. Oleh itu, Hanis Zalikha turut berkongsikan beberapa kelengkapan penting yang anda boleh bawa dan senaraikan kepada suami supaya tidak kelam kelabut pada hari kejadian!

Mommynis’ Hospital Bag

FOR MOMMY (satu bag)

1. Toiletries, sabun mandian (soapless/ mild/ gentle), tuala gebu kepunyaan sendiri.

2. Adult diapers (no need panties, no need pad)

3. Lingerie (+comfortable nursing bra) (biasakan terus pakai nursing bra lepas beranak tu).

4. Disposable nursing pad (waktu badan takleh baca demand susu lagi, kita boleh overflow and leak).

5. Pakaian sendiri ( yang selesa, cantik & senang breastfeeding) + socks + selipar jamban. Bersiap elok, bagus untuk kegembiraan diri.

6. Skincare & make up (sekadar lipstick je pun bawa je)

7. Toujours Advanced (and Toujours Kids for me, for the fruit & vege goodness)

8. Your favourite mug

FOR BREASTFEEDING (satu bag)

1. Breastpump + ebm storage bags + botol susu newborn

2. Organic nipple butter (sebelum menyusukan) + Bepanthen ointment (selepas menyusukan dan terluka di dada )

3. Nursing cover (terutamanya kalau kita jenis terima pelawat)

4. Silicone milk collector (untuk collect susu kat sebelah lagi waktu baby nyusu)

5. Satu tin biskut + susu kurma

FOR BABY (satu bag)

1. Baju & sarung tangan kaki & topi baby (hospital selalu provide tapi risau nipis material dia, baby tejukkk)

2. Newborn diapers + wet wipes

3. Selimut baby (yang cuteee)

4. Kain bedung baby (muslin cloth) (pastu boleh practice dengan nurse cara bedung yang kemas guna kain sendiri)

5. Minyak perut baby + balm kulit baby (balm / organic lotion baby ni bagus sebab time awal2 ni kulit baby mengelupas, sayu tengok)

BARANGAN LAIN

1. Extension plug + phone charger
2. Gift for the doc & nurses

Setiap category buat satu bag supaya suami tak kalut nak kena capai2 & carikkan barang. Kenapa kena be extra prepared, sebab taktau keadaan kita beranak, normal ke tak, anak sihat ke macam mana, duk hospital berapa lama. Macam kitorang memang bawak semua benda sebab check in seminggu lol. Dari Yusuf dulu memang suka stay hospital untuk belajar uruskan anak dan tarik nafas jap sebelum menghadapi realiti kehidupan. Semoga bermanfaat! (Nanti share lagi journey and tips yang dapat waktu dengan Alisa dekat akaun ni).

Sumber : Alisa Aisyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×