Bergelar ibu ayah bukanlah tanggungjawab yang mudah lebih-lebih jika bekerja dan terpaksa menghantar anak ke pengasuh. Seperti mana kita tahu, berita pemergian bayi ketika dalam jagaan orang semakin menjadi-jadi dan itulah yang dilalui oleh Fizah Mohd apabila kehilangan anak tersayang yang baru berusia 3 bulan.
Baca juga: Bentuk Badan Berubah, Ibu Terkejut Anak 14 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan
BARU HARI PERTAMA DI RUMAH PENGASUH, IBU ‘HILANG’ BAYI USIA 3 BULAN
Menerusi perkongsian di laman Facebook, pada awal November lalu, Afia Aisyah dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat dan Aisyah ditemui tidak sedarkan diri pada hari pertama dijaga pengasuh.
Jelas Fizah, dia hampir terkulai rebah apabila anaknya di bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut kerana tidak menyangka itu merupakan hari terakhir melihat anaknya. Mengimbau kembali hari terkahir bersama Aisyah, senyuman indahnnya tidak akan pernah dilupakan dan sentiasa di hatinya hingga akhir hayat.
Dugaan yang dilalui begitu berat namun terpaksa kuat semangat dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ujar Fizah, tidak mudah sebenarnya menanggung rindu pada yang telah tiada dan hanya helain baju sahaja yang mampu mengubat rindunya terhadap Afia Aisyah.
MOGA TABAH HADAPI DUGAAN
Perkongsian si ibu sudah tentunya mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet memberi kata-kata semangat agar Fizah kuat menempuh dugaan yang tidak semua orang mampu menempuhnya dengan hati yang terbuka. Moga segala urusan dipermudah.
Sumber: Facebook Fizah Mohd