Famili

Bentuk Badan Berubah, Ibu Terkejut Anak 14 Tahun Lahirkan Bayi Perempuan

3
SHARES

Di Baling, seorang ibu berusia lingkungan 40-an terkejut apabila anak perempuannya yang mengadu sukar membuang air besar disahkan sedang sarat mengandung.

Pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira dua jam selepas dimasukkan di sebuah hospital.

Baca juga: Risiko Tercekik Pada Kanak-Kanak, KKM Pantau Jualan Produk Konjak Jeli

IBU TERKEJUT ANAK 14 TAHUN LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

Menurut sumber, wanita itu bergegas membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol sehingga hamil dan melahirkan anak.

“Berdasarkan keterangan diambil, dia memaklumkan anaknya mengadu sukar buang air besar sebelum nampak ada darah pada kaki anaknya.

“Dia juga menyedari perubahan bentuk fizikal anaknya, tetapi pelajar itu memberitahu ia kerana berat badannya naik,” ujarnya.

Susalan daripada laporan itu, pihak polis mengambil keterangan daripada pelajar terbabit dan mendakwa dia melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×