Dapur

Bapa Kongsi 4 Resepi Mudah Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Cepat & Ringkas

25
SHARES

Bulan Ramadan sudah pun tiba. Buat kaum ibu, bulan puasa merupakan antara bulan paling sibuk kerana perlu menyediakan juadah makanan untuk berbuka dan juga sahur. Anak-anak pun sudah mula excited untuk berpuasa tetapi ada segelintir kanak-kanak yang susah untuk bersahur kerana penyediaan makanan tidak bersesuain dan tidak menarik perharian.

Jadi, para ibu boleh cuba 4 resepi mudah untuk anak yang susah makan sahur seperti perkongsian seorang bapa dikenali Afzal. Kesemua resepi begitu mudah dan ringkas untuk disediakan.

Baca juga: Resepi Turun Temurun Kuih Kurma Kukus, Sedap & Berlemak

4 RESEPI MUDAH UNTUK ANAK YANG SUSAH MAKAN SAHUR

Anak-anak excited nak berpuasa tapi masalahnya mereka susah nak makan ketika sahur. So saya kena prepare menu mudah yang mampu menarik mereka untuk makan sahur dan encourage dorang untuk berpuasa.

Dekat sini saya kongsikan 4 menu ringkas yang boleh korang sediakan untuk anak-anak korang juga. Selamat mencuba

1. PAI CARBONARA

Bahan-bahannya:

  • Royale Paratha Fatihah
  • Bawang holland dipotong dadu
  • Daging cincang dicuci bersih (400g)
  • Sos Carbonara
  • Kuning telur
  • Sayur campur (optional)

Cara-cara penyediannya:

1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika.

2. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.

3. Kemudian masukkan sayur campur (optional)

4. Masukkan 1 tin sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.

5. Potong roti paratha kepada 2 bahagian.

6. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.

7. Korang boleh klim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu.

8. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.

9. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C

10. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

2. ROTI SOSEJ COMEL

Bahan-bahannya :

  • Royale Paratha Fatihah
  • Sosej ayam
  • Kuning telur

Cara-cara penyediannya:

1. Potong Roti Paratha Fatihah tu kepada 12 bahagian kecil seperti pizza.

2. Potong sosej menjadi 3 bahagian.

3. Gulung sosej tersebut dengan potongan2 kecil roti paratha tadi.

4. Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur.

5. Masak di dalam air friyer pada suhu 180°C selama 5 minit

6. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

3. PIZZARIA

Bahan-bahannya:

  • Royale Paratha Fatihah
  • Sos Bolognaisse
  • Beacon Ayam/Daging
  • Lada Benggala/Nenas
  • Keju Mozarella

Cara-cara penyediannya:

1. Royale Paratha Fatihah dibiarkan lembut pada suhu bilik.

2. Sapu rata sos bolognaisse

3. Susun beacon ayam/daging

4. Tabur lada benggala/nenas

5. Tabur keju Mozarella

6. Bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit.

7. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

4. SOSEJ WRAP

Bahan-bahannya:

  • Royale Paratha Fatihah
  • Salad
  • Beacon Ayam/Daging
  • Moyonnaise dan sos
  • Sosej ayam

Cara-cara penyediannya:

1. Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C

2. Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi.

3. Letak sos dan mayonnaise.

4. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak

Selain Roti Paratha Original, korang boleh juga guna Roti Paratha Garlic ni. Sedap sebab tak ada la rasa plain je.

*Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Afzal Sukasuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×