DIY & Kraf

Bapa Ini Berjaya DIY Katil Berkembar Muat Untuk 6 Beranak. Kreatif Sungguh!

3.6K
SHARES

Bagi anda yang mempunyai anak yang lebih daripada seorang pastinya akan bersempit-sempit atas katil tiap kali tidur kan? Ataupun, si ayah terpaksa mengalah tidur atas sofa kerana mahu anak-anak dan isteri tidur dengan selesa. Betul tak?

Sebenarnya, memiliki keluarga besar sangat bagus untuk tidur bersama atau co-sleeping kerana ia dapat membantu tumbesaran yang lebih baik kepada anak-anak. Bukan itu saja, anak-anak yang tidur bersama ibu bapanya kurang mengalami stress dan mempunyai bonding yang kuat antara satu sama lain.

Idea suami

Tentunya, setiap daripada anda memiliki tahap kreativiti yang tersendiri. Begitu juga dengan seorang bapa ini yang kreatif menghasilkan sendiri sebuah katil berkembar yang boleh memuatkan 6 beranaknya.

Hasil DIY katil berkembar ini telah dikongsikan oleh isterinya, Irene Nadia di laman Instagramnya. Menurut Irene, katil berkembar tersebut menggunakan dua unit katil bersaiz king dan memakan masa selama sebulan untuk menyiapkan.

DIY katil berkembar

Sementara tunggu satu lagi tilam king nak sampai rumah minggu ni, kita layan dulu video installed double king bed frame ni. Ibu panggil katil DIY untuk 6 beranak je senang.

Nanti dah siap pasang tilam + bedsheet + comforter gebu-gebu, ibu sharekan ok hasil dia hehe. Masa mula-mula husband cakap nak DIY katil, ibu macam “yekee dia ni, ok wait & see”. Keluar rumah, balik dia bawak kayu, keluar lagi rumah bawak balik mesin pemotong kayu, keluar lagi rumah dia bawak balik mesin apetah.

And finally siap dahh. Ni tengah baring atas katil besar la ni cuma tilam lagi satu je la tunggu sampai kihkih. Seronokkkk, serius seronok. Golek dari hujung katil ke hujung katil sana. Memang tak bangun la jawabnya.

Penuh dengan sentimental value katil DIY yang ayah buat daripada awal ni 🙂 tq ayah. Anak-anak pun excited tanya bila nak bawak naik katil kat atas. Mana tak excitednya, semua nak tido sekali.

 

View this post on Instagram

 

Sementara tunggu satu lagi tilam king nak sampai rumah minggu ni, kita layan dulu video installed double king bed frame ni. Ibu panggil katil DIY untuk 6 beranak je senang. Haha . . Nanti dah siap pasang tilam + bedsheet + comforter gebu-gebu, ibu sharekan ok hasil dia hehe. Masa mula-mula husband cakap nak DIY katil, ibu macam “yekee dia ni, ok wait & see”. Keluar rumah, balik dia bawak kayu, keluar lagi rumah bawak balik mesin pemotong kayu, keluar lagi rumah dia bawak balik mesin apetah haha . . And finally siap dahh. Ni tengah baring atas katil besar la ni cuma tilam lagi satu je la tunggu sampai kihkih. Seronokkkk, serius seronok. Golek dari hujung katil ke hujung katil sana. Memang tak bangun la jawabnya ? . . Penuh dengan sentimental value katil DIY yang ayah buat daripada awal ni 🙂 tq ayah. Anak-anak pun excited tanya bila nak bawak naik katil kat atas. Mana tak excitednya, semua nak tido sekali ? . . #doubleking #DIYkatil #king+king #kingkong

A post shared by irine_nadia (@irine_nadia) on Jan 2, 2019 at 7:32am PST

Hasilnya semua dapat tidur dengan selesa

Penulis lihat pun memang selesa bila dapat tidur katil yang besar. Anak-anak boleh guling-guling atas katil dengan gembira sekali!

Sebenarnya, nak menghasilkan DIY katil ini bukan sahaja memerlukan kemahiran anda, malah usaha, minat dan tahap kerajinan juga perlu ada. Barulah membuahkan hasil yang memuaskan! Jom cuba buat DIY katil berkembar ini!

Sumber: Irene Nadia & Veloliver

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×