Rakyat

Bapa Hebat Ambil SPM Sekali Lagi Untuk Motivasikan Anak Dalam Pelajaran

74
SHARES

Setiap ketua keluarga pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya. Begitu juga dengan seorang bapa ini yang sanggup mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa kali untuk memberi motivasi kepada anak-anaknya.

Baca juga: Gara-Gara ‘Kantoi’ Sihir Majikan, Pembantu Rumah Diusir & Dipenjara

BAPA HEBAT AMBIL SPM SEKALI LAGI UNTUK MOTIVASIKAN ANAK DALAM PELAJARAN

Foto Ihsan: Zulkifli Md Pungot / Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Zulkifli Md Pungot, 54, menduduki semula ujian SPM 2021 bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris untuk memberi dorongan kepada anak bongsunya.

Bapa kepada Afif Ajmal Zulkifli, 18, merupakan seorang Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Andak (SDARA). Mereka berdua bersama menduduki peperiksaan itu di dewan SMK Simpang Renggam, di sini.

Malah, itu bukanlah kali pertama dia menduduk menduduki semula peperiksaan SPM kerana pernah menjadi calon subjek Matematik sebanyak 22 kali sejak 2011, katanya kepada Harian Metro.

Dia juga pernah menjadi calon SPM bagi subjek Matematik pada 2016 dengan anak sulungnya, Puteri Nur Nabilah, 23, yang kini penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan dekat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.

“Tahun ini, saya lakukannya sekali lagi namun dengan tambahan subjek iaitu Bahasa Inggeris buat pertama kalinya.

“Saya cabar diri menduduki subjek Bahasa Inggeris kerana mahu uji kemampuan memandangkan sebelum ini hanya ada pengalaman mengulang semula peperiksaan bagi subjek Matematik saja.

“Ini cara saya beri kekuatan kepada anak supaya dia berasa ada pesaing terdekat dan lebih bersemangat serta bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi mendapat keputusan cemerlang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Gambar hiasan – Suara Sarawak

Berkongsi persediaannya sebelum menduduki peperiksaan, dia yang mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun sebagai guru Matematik telah digunakan sebaiknya untuk berkongsi dengan Afif Ajmal menerusi kelas bimbingan diadakan hasil inisiatifnya sendiri.

Bukan itu sahaja, malah dia turut meminta anaknya itu mengajak rakan lain yang lemah dalam subjek Matematik dan tidak mampu mengikuti kelas tuisyen luar untuk belajar bersama.

“Saya adakan kelas pada setiap malam Ahad, Isnin dan Selasa bermula jam 8.30 hingga 10 malam.

“Inisiatif itu bertujuan membantu anak dan rakannya menjelang peperiksaan serta pada masa sama ulang kaji untuk diri sendiri walaupun saya seorang guru Matematik.

“Bagi subjek Bahasa Inggeris pula, saya belajar di Youtube dengan menonton video berkaitan kemahiran bertutur, mendengar dan menulis di saluran itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro 

FT Image: Zulkifli Md Pungot (Harian Metro) / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×