Famili

Bantuan PKP 3.0 Akan Diumum Melalui Perutusan Khas Perdana Menteri 9.00 Malam Ini

27
SHARES
bantuan pkp 3.0
PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI
31 MEI 2021 JAM 9.00 PM
Susulan pengumuman PKP Penuh / Total Lockdown mulai 1 Jun 2021, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal membuat pengumuman Pakej Bantuan PKP 3.0 yang dijangka akan dibentangkan melalui Perutusan Khas malam ini.
bantuan pkp 3.0
Dalam Perutusan Khas tersebut, Perdana Menteri dijangka akan memperincikan Pakej Bantuan PKP 3.0 kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan dalam pelaksanaan total lockdown atau PKP Penuh selama 2 minggu bermula 1 Jun 2021.
Sebelum ini, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa PKP Penuh ini akan dilaksanakan dalam 3 Fasa.
Sekiranya Fasa Pertama ‘lockdown’ berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, Fasa Kedua akan dilaksana.

Ia akan membenar pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

Lockdown Fasa Kedua akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah Fasa Ketiga, iaitu melaksana PKP seperti yang berkuat kuasa di Malaysia ketika ini.

Baca juga: Cara Tebus Kredit eBelia RM150 Dari 1 Jun 2021 (ShopeePay, TnGo, Boost & ShopeePay)

LIVE Sidang Media Bantuan PKP 3.0 Pada Jam 9.00 Malam, 31 Mei 2021

Saksikan apakah Bantuan PKP 3.0 yang bakal diumumkan melalui sidang media Menteri Kanan Keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan pada pukul 5 petang hari ini (30 Mei) di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×