Hebahan

eBelia: Cara Tebus Kredit RM150 Dari 1 Jun 2021 (ShopeePay, TnGo, Boost & ShopeePay)

1.3K
SHARES
ebelia rm150

TERKINI: eBelia – RM 300 JUTA KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA & PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021⠀

Sukacita diumumkan Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula 1 Jun 2021.

Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.⠀

ebelia rm150

Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak.

Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta.

Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing.

Cara Pendaftaran & Penebusan Kredit RM150 eBelia

Untuk menikmati kredit e-Tunai percuma RM150, sila rujuk cara pendaftaran seperti di bawah:

  1. Muat turun salah satu penyedia perkhidmatan e-Tunai eBelia berikut: BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet
  2. Isikan butiran lengkap dan verifikasi akaun untuk pengesahan.
  3. Anda boleh membuat tuntutan mulai 1 Jun 2021.
  4. Hanya 1 akaun boleh dituntut oleh setiap belia yang layak.

Tarikh Tuntutan

Tarikh menerima kredit e-Tunai RM150 melalui program eBelia adalah dari 1 Jun 2021 dan ia sah digunakan sehingga 22 Julai 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini tentang program ini, sila rujuk laman web Kementerian Kewangan Malaysia dan pengendali eWallet berikut:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×