Inspirasi

[VIDEO] Guru Inovasi Troli Khas Untuk Pelajar OKU Sertai Larian Dapat Pujian

2.7K
SHARES

Bukan sahaja menyentuh hati malah membanggakan apabila seorang guru berkongsikan video di laman TikTok hasil ‘inovasi’ yang dilakukan olehnya bagi kegunaan seorang pelajar. Apa yang menariknya, guru yang dikenali sebagai Cikgu Aznam ini menginovasikan troli khas untuk pelajar OKU.

Baca juga: Isteriku Guruku, Beza 25 Tahun Rupanya Berjodoh Dengan Guru Sendiri!

GURU INOVASI TROLI KHAS UNTUK PELAJAR OKU

bantuan oku

Menerusi video tersebut, Cikgu Azam berkongsi momen acara larian disertai oleh seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dikenali sebagai Alisya dengan bantuan troli bagi memudahkannya untuk berlari. Apa yang lebih membanggakan, apabila pelajar ini berjaya mengharungi cabaran tersebut dan menamatkan larian sejauh lima kilometer.

Ini adalah projek inovasi. Projek istimewa untuk membantu pelajar buta untuk program larian. Berjaya habiskan 5 km tahun lepas. Bangga cikgu.

@cguazamThis is my inovation project.Special to assist my blind student for their running.. 😁😁😁 Berjaya habiskan 5km last year.Bangga cikgu♬ original sound – HRC IWAN🇮🇩 – IWAN🇮🇩

Mengulas lebih lanjut, Cikgu Azam turut berkongsi troli yang digunakan oleh Alisya namun, pada mulanya troli tersebut dilihat seakan-akan troli yang berada di pasar raya. Bagaimanapun, hasil inovasi dan kreativiti seorang guru ‘troli’ itu mendapat nafas baharu dan secara tidak langsung memudahkan lagi pelajarnya untuk berlari.

@cguazamBalas kepada @damiabakery Rasa sangat bersalah pa bila ramai yg menangis.xberniat nk buat mcm tu.maaf..cikgu kongsikan video yg ceria sikit♬ bunyi asal – Cikgu Azam

Ramai tanya tentang versi awal. Sebiji macam trolley pasar raya. Tapi Alisya waktu ini gembira sangat sebab 1st time lari tak perlu pegang bahu cikgu @ guna tali.

‘MULIANYA HATIMU WAHAI GURU’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan pada masa yang sama turut memuji tindakan Cikgu Azam.

Memang terbaik!

Sumber: Cikgu Aznam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×