Rakyat

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 Secara One-Off Bermula Esok!

20
SHARES

Menerusi pakej PEMULIH, Bantuan Hilang Pekerjaan bernilai RM500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. Apa yang lebih menggembirakan bagi mereka yang terjejas, bantuan ini akan mula disalurkan dalam masa terdekat sebagai bantuan kepada rakyat.

Baca juga: Adakah Masih Boleh Anjur Majlis Kahwin Dalam Negeri Fasa 4? Ini Jawapan Menteri

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN RM500 ONE OFF MULAI 26 OKTOBER!

Bantuan ini akan disalurkan secara one-off mulai esok 26 Oktober 2021, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menurut laporan terkini. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021- PM Ismail Sabri

Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Syarat Kelayakan / Cara Permohonan

Sila rujuk maklumat lanjut tentang BKP melalui info yang dilampirkan di bawah:

Menurut kenyataan di laman web Kementerian Kewangan (MOF), pemberian Bantuan Kehilangan Pendapatan itu akan dibuat kepada penerima berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO pada 2021.

Seperti BKC, semakan silang akan dilakukan dan mereka yang kehilangan pekerjaan tidak perlu memohon. Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×