Rakyat

Adakah Masih Boleh Anjur Majlis Kahwin Dalam Negeri Fasa 4? Ini Jawapan Menteri

125
SHARES
majlis kahwin fasa 4

Peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi beberapa negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Yaakob melihatkan rakyat dapat menikmati pelbagai kelonggaran yang telah ditetapkan.

Antara kelonggaran yang dimaksudkan adalah penganjuran majlis sosial yang dibenarkan pada negeri di Fasa 4 PPN. Namun, timbul beberapa kekeliruan dalam kalangan ramai pada hari ini selepas beberapa pengumuman dari pihak kerajaan.

Baca juga: Lelaki Ini Jual Balik Gelang Emas Tahun 1980 Harga RM662 Dapat Balik RM5800!

ADAKAH BOLEH KE BUAT MAJLIS KAHWIN DALAM NEGERI FASA 4?

Menteri Pertahanan, Tan Sri Hishammuddin Hussein semalam telah menjawab pertanyaan salah seorang pengguna Twitter mengenai kebenaran melakukan majlis-majlis sosial di negeri Selangor menerusi akaun Twitternya.

” YB menteri, majlis kenduri kahwin, nikah semua dah boleh ya kalau di Selangor?”

“Boleh, jika ikut SOP yang telah dikeluarkan untuk negeri-negeri Fasa 4 seperti berikut,” balasnya menerusi akaun Twitter.

SOP majlis kahwin

Menerusi akaun Twitternya lagi pada 24 Oktober jam 6.49 petang semalam, beliau turut berkongsi kenyataan bahawa majlis sosial dibenarkan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti dalam SOP negeri-negeri Fasa 4.

Larangan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hanya untuk aktiviti perhimpunan, majlis sosial yang berkaitan dengan pilihanraya terutama sekali yang bakal diadakan di negeri Melaka kelak.

Sumber: Hishammudin Hussein

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×