Kini Trending

Lelaki Ini Jual Balik Gelang Emas Tahun 1980 Harga RM 662 Dapat Balik RM 5,800!

1.1K
SHARES
harga emas terkini

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Bila bercakap tentang tuah sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mengatakan ini adalah rezeki. Ternyata, rezeki yang tidak disangka ini juga akan mengubah hidup sesiapa sahaja tidak kira rezeki dalam bentuk apa jua sekalipun. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini apabila dia mendapat pulangan keuntungan emas tiga kali ganda berbanding harga asal.

Baca juga: Hukum Beli Emas Secara Ansuran, Haram Atau Tidak?

JUAL GELANG EMAS TAHUN 1980 HARGA RM 662, HARGA PASARAN CECAH RM5000!

Seperti video yang tular di Indonesia baru-baru ini, pengguna TikTok mendedahkan bahawa seorang lelaki telah mendapat keuntungan durian runtuh hasil daripada menjual gelang emas yang dibelinya pada tahun 1980.

Difahamkan, gelang emas itu bernilai Rp 70 ribu (RM20.60) per gram dan dibeli dengan harga Rp 2,250 bersamaan RM662 sahaja.

Kini, apabila dijual semula di kedai, harganya melonjak tinggi iaitu sebanyak Rp 20 juta bersamaan RM5,884!. Video itu telah ditonton lebih dari 2.2 juta kali dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

Ada netizen yang mengatakan bahawa harga emas itu sebenarnya bergantung kepada harga pasaran pada saat itu dan jika ingin membeli emas, beli di kedai yang memang sudah terkenal.

Bukan itu sahaja, ada juga ada yang menasihatkan untuk tidak menjual emas terlalu awal. Sebaliknya, tunggu sehingga ia mencapai tempoh selama lebih kurang 10 tahun untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.

“Yang bilang beli emas malah rugi bukan naik, ya jelas lah rugi kalian beli baru setahun udah dijual, kalau udah 10 tahun itu baru untung,” kata salah seorang netizen.

Menurut Suara.com, naik turun harga emas pada ketika ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti pandemik, inflasi, perubahan suku bunga dan perubahan permintaan dan penawaran.

Sumber: Tiktok @diyah_hasyim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×