Hebahan

Bantu Selesaikan Masalah PdPR, Inisiatif KPM Lancar DidikTV Dipuji Ramai

122
SHARES

Bagi memastikan setiap pelajar tidak keciciran dalam pelajaran, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan satu saluran khas televisyen pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM bermula 17 Februari ini.

Jadi, selepas ini para pelajar di rumah tidak lagi tercicir dalam pelajaran dan masih boleh mendapatkan akses pendidikan secara percuma tanpa ada sebarang masalah.

SELESAIKAN MASALAH PdPR, TAHNIAH KPM!

Bukan sahaja ibu bapa, malah beberapa agensi dan persatuan berkenaan hal ini juga turut merasakan bahawa ini merupakan langkah terbaik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Salah satunya adalah Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi BERSATU Malaysia yang menzahirkan rasa tahniah dan ucapan terima kasih kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin kerana inisiatif dan kesungguhan beliau,  sedikit sebanyak telah berjaya menyelesaikan salah satu permasalahan besar terkait Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Hal ini kerana langkah lebih proaktif telah diambil pihak beliau menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan salah satu siaran televisyen iaitu NTV7 mencapai taraf ‘saluran khas’ yang semata memfokuskan kepada pembelajaran di peringkat sekolah dikenali sebagai Didik TV.

Jika sebelum ini, pihak ARMADA telah mencadangkan untuk siaran Pendidikan dipertingkatkan mengambilkira inisiatif KPM melalui pewujudan TV Pendidikan. Nampaknya, cadangan tersebut dipandang serius dan kerana itu ARMADA memandang kejayaan Dr. Radzi Jidin dan pasukan KPM mempertingkatkan waktu siaran sekaligus menjadikan NTV7 sebagai saluran khsus TV Pendidikan (DidikTV) adalah langkah yang paling baik dalam menyelesaikan masalah utama pelajar terkait PdPR seperti kekurangan peranti, gajet atau data internet.

Untuk info lanjut mengenai jadual DidikTV anda boleh ke laman Twitter KPM dan Facebook KPM.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×