Tidak dinafikan, semasa zaman kanak-kanak kita mesti mempunyai bantal atau selimut ‘busuk’ yang menjadi kegemaran. Bukan itu sahaja, punyalah susah untuk dipisahkan sampai pergi kemana sahaja akan dibawa benda ini. Namun, itu semua ketika zaman kanak-kanak.
Berbeza pula dengan wanita ini dimana dia berkongsikan video bantal busuk yang disimpan dan masih diguna sejak tahun 1998. Apa yang mendapat perhatian ramai adalah rupa bantal busuknya juga sudah tidak seperti bantal lagi!
BANTAL BUSUK SEJAK TAHUN 1998
Menerusi video yang dimuat naik oleh Intan Normala di akaun TikTok, dia menunjukkan bantal busuknya yang digunakan sejak tahun 1998 sehingga ke hari ini bersamanya.
Di dalam video berkenaan memaparkan keadaan bantal berkenaan yang hampir hancur dan sehingga dia terpaksa menggunakan pin untuk membetulkan bantalnya. Malah Intan dilihat masih menghidu cebisan-cebisan kain bantal kesayangannya itu.
Meskipun ramai yang menyuruh wanita berkenaan membuang bantal busuk itu kerana sudah teruk, namun dia enggan membuangnya dan mengatakan bahawa orang lain tidak akan faham bagaimana rasa sayangnya terhadap bantal busuk.
Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih satu juta tontonan serta mendapat lebih 73 ribu tanda suka.
‘Orang lain tak akan pernah faham’
@innnnnn_tandari tahun 1998 sampailah ke 2021 🥺 ##cintahati ##fypシ ##bantalbusuk♬ Kosong – Najwa Latif
‘Mula-mula ingatkan usus penanggal’
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan menyangkakan bahawa bantal tersebut adalah usus penanggal! Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihati wanita tersebut supaya buang sahaja bantal itu kerana terlalu lama dan juga atas faktor kebersihan.
Sumber: Tiktok @innnn_tan