Rakyat

Banjir: Warga Pahang Kena Waspada Kehadiran Buaya Di Dua Kawasan Berisiko Ini

81
SHARES
banjir pahang

Berikutan musim peralihan monsun yang melanda negara, kita akan berhadapan dengan situasi banjir yang kerapkali berlaku apabila hujan lebat secara tidak henti. Bukan itu sahaja, baru-baru ini kita juga digemparkan dengan paparan video buaya liar di kawasan banjir  yang dimuat naik di laman media sosial.

Baca juga: Peraturan Produk Jeli Malaysia Beri Amaran Elak Anak Makan Konjak Jeli, Risiko Tercekik!

BANJIR: WASPADA KEHADIRAN BUAYA DI PAHANG

Pesanan khas untuk warga Pahang.

Jika di Kuantan ini, Sungai Belat dan Sg Kuantan memang maklum banyak. Tapi ada juga terserempak di pasaraya dan pusat beli belah.

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozaidan Md Yasin, berkata kejadian air pasang dan banjir yang menyebabkan air sungai melimpah, membolehkan reptilia itu keluar daripada habitat asalnya.

Beliau berkata, kejadian limpahan Sungai Air Hitam iaitu anak Sungai Belat dipercayai punca seekor buaya dikesan berada atas jalan di Kampung Air Hitam berhampiran Sri Damai pada Isnin lalu dan gambar reptilia itu ditularkan di media sosial.

Foto: Berita Harian

Jadi, orang ramai yang berada dalam kawasan banjir dan juga sedang melalukan operasi menyelamat pastikan anda berhati-hati di kawasan tersebut.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×