Sihat

Peraturan Produk Jeli Malaysia Beri Amaran Elak Anak Makan Konjak Jeli, Risiko Tercekik!

2
SHARES
konjac jelly

Viral di laman media sosial memaparkan penjualan gula-gula atau makanan manis yang dikenali sebagai konjak jeli. Mempunyai rasa yang enak dan tekstur yang kenyal, produk makanan ini menjadi kegemaran ramai dan juga dalam kalangan kanak-kanak.

Namun, tahukah anda bahawa produk jeli sebegini mempunyai peraturan yang tertakluk dalam Peraturan 139A (Konfeksi Jeli Terkawal) yang boleh membawa risiko anak-anak tercekik.

Baca juga: Petua Semulajadi Hilangkan Sakit Lutut Guna Buah Lemon

KENYAL , SUKAR LARUT & RISIKO TERCEKIK, ELAK ANAK MAKAN KONJAK JELI

Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil glukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.

Penambahan konjak bagi produk jeli adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan.

Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain. Mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk ini dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.

Ibu bapa dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: Twitter @KKMalaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×