Suasana cemas tercetus apabila Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Gajah Mati bersebelahan Pejabat Pas Kawasan Pendang, Kampung Charok Kudong terbakar pada Khamis. Kebakaran bangunan PASTI itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa apabila kanak-kanak dan tenaga pengajar yang berada di lokasi berjaya diselamatkan.
Baca juga: Tular Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Sampai Lawan Arus, Rempuh 2 Kenderaan Dalam Kejadian Berasingan
BANGUNAN PASTI TERBAKAR

Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Gajah Mati bersebelahan Pejabat Pas Kawasan Pendang, Kampung Charok Kudong di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis.
Bangunan dua tingkat musnah 70 peratus
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, kebakaran membabitkan bangunan dua tingkat PASTI berkeluasan kira-kira 222.97 meter persegi.
Kemusnahan akibat kebakaran itu dianggarkan mencapai 70 peratus.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang serta BBP Jalan Raja bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi pemadaman.
Empat aliran hos digunakan bagi mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

“Kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat berkeluasan kira-kira 222.97 meter persegi dengan anggaran kemusnahan 70 peratus.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.27 pagi,” katanya.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.
Baca juga: Sempat Mandi & Ambil Anak Sebelum Serah Diri, Lelaki Tik*m Isteri 13 Kali Hingga Maut!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Sinar Harian
