Didik

Ibu Bapa Yakin Dengan Adanya DidikTV Anak-Anak Akan Lebih Fokus Dalam PdPR

25
SHARES

Bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok pada jam 8 pagi, 17 Februari 2021, DidikTV menerima pelbagai respon netizen terutamanya ibu bapa.

Kebanyakan ibu bapa menyatakan harapan mereka semoga dengan adanya DidikTV anak-anak akan lebih fokus dalam proses PdPR selain menjalani pembelajaran dalam talian bersama guru mereka.

Menggunakan animasi dan grafik menarik, Proses P&P Jadi Lebih Efektif!

Kredit: BERNAMA

Bakal ke udara di ntv7, DidikTV mengetengahkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan dengan bantuan grafik dan animasi yang menarik. Maka, pelajar tak mudah bosan dan lebih mudah memahami sukatan pelajaran yang dikongsikan.

Arbaiah binti Subeh, ibu kepada Nur Khairina Binti Baharom pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Telok Gadong berkata, “Dengan adanya DidikTV, saya harap anak saya lebih fokus dalam sesi P&P. Kalau belajar secara online, susah saya nak pantau kerana dia guna telefon bimbit. Ni kalau dah tayang di TV, memang jelas sangat proses P&P yang dijalankan. Kita ibu bapa pun tak rasa bimbang”.

Berharap dengan adanya DidikTV proses pembelajaran anak bongsunya menjadi lebih efektif, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini, menyokong penuh inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut KPM, mereka pernah menyediakan program pendidikan melalui TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan DidikTV@ntv7 tetapi buat pertama kalinya saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial iaitu DidikTV@ntv7, diperkenalkan dengan pengisian pendidikan dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Bakal ditayangkan di ntv7, DidikTV  juga boleh ditonton melalui beberapa siaran lain seperti Astro di saluran 147, saluran 107, MYTV atau melalui ntv7 di TV unifi.

Bagi anda yang memiliki set TV digital bersepadu (iDTV), anda boleh menggunakan antena dan lakukan penalaan automatik untuk mendapatkan saluran DidikTV.

Jadi, jangan lupa untuk tune-in ke saluran ntv7, TV3, MHI & KPM pada jam 8 pagi esok bagi sama-sama menyaksikan Perdana Menteri kita menyempurnakan pelancaran DidikTV.

Semoga usaha murni KPM dijadikan sebagai batu loncatan dalam usaha pelajar menguasai pembelajaran PdPR dengan lebih baik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×