Advertorial

Bakal Bergelar Raja Sehari? Siti Saleha Kongsi Tips Kekal Berseri Menjelang Hari Bahagia

2.9K
SHARES

“Tampil menawan pastinya merupakan impian semua raja sehari. Siapa yang tak mahu nampak cantik berseri semasa hari perkahwinan kan?”

Bila menjelangnya hari perkahwinanan ni, bakal pengantin mestilah menjaga kulit muka, daripada tampil kusam dan break out masa hari bahagia. Memahami masalah yang sering dihadapi oleh bakal pengantin ni, pelakon terkenal Siti Saleha berkongsi tips peribadinya tentang penjagaan muka.

TIPS KEKAL CANTIK SEMASA HARI PERKAHWINAN SITI SALEHA. JOM CUBA!

“Tekanan yang saya perlu hadapi setiap hari ialah saya perlu menjadi ‘camera ready’ kerana status saya sebagai selebriti, saya perlu pastikan produk yang saya gunakan sesuai dengan muka dan tak menampakkan kesan berminyak”

Menurut Siti Saleha lagi, dia sentiasa melakukan facial muka, menjelang hari perkahwinannya pula, setiap malam dia akan memakai mask untuk memastikan kulitnya sentiasa lembap.

Selain tu, Siti Saleha turut menjaga pemakanannya dengan mengelak pengambilan daging dalam diet seharian(elak jerawat) dan melebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan.

BERSIHKAN KULIT WAJAH DENGAN BETUL

“Saya pastikan saya akan lakukan senaman pada setiap hari, bukan hanya untuk tampak cantik/fit semasa menyarungkan baju pengantin, senaman juga penting untuk saya kekal bertenaga pada hari penting itu.”

Wajah yang bersih sebelum melakukan senaman sangat penting kerana jika bersenam dengan menggunakan make-up, bakteria senang membiak apabila wajah berpeluh. Yelah siapa nak muka break out dan make up jadi “cracky” masa bersanding kan?

Tips yang menjadikan kulit kekal lembap untuk anda yang gemar bersenam

  1. Sebelum melakukan senaman, pastikan anda membersihkan wajah dengan menggunakanL’Oréal Paris Micellar Water. Formulanya lembut dan sesuai dengan semua jenis kulit wajah termasuk kulit yang sensatif. Selain itu, ia mampu membersihkan make-up dan kotoran pada kulit secara mendalam dan tidak perlu dibilas.
  2. Selepas bersukan, pastikan anda menggunakan L’Oréal Paris Centella Essence Water yang diperkaya dengan Centella untuk menghidrat semula kulit wajah dan memastikan kulit kekal anjal.

“FAHAMI JENIS KULIT ANDA”- SITI SALEHA

Untuk tampak cantik tidak mudah, bagi Siti Saleha sendiri perkara pertama yang perlu dititik berat ialah fahami jenis kulit anda. Mengambil contoh dirinya, Siti Saleha berkongsi kulit mukanya merupakan jenis yang berminyak membuatkan dia harus memilih produk penjagaan wajah yang tepat bagi mengelakkan kulitnya menjadi break out.

Baginya, menjaga kulit muka memerlukan konsistensi yang tinggi dan jangan mudah bertukar produk penjagaan wajah, dia percaya penjagaan wajah lebih penting berbanding menyembunyikan cela di wajah dengan solekan untuk memastikan kulit kekal sihat dan berseri.

YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI DAN SENTIASA POSITIF

Tambah Siti Saleha selain penjagaan wajah, bakal pengantin juga seharusnya yakin dan sentiasa positif dengan diri sendiri kerana bakal melangkah ke satu fasa yang baru dalam kehidupan.

SITI SALEHA KONGSI PRODUK PENJAGAAN WAJAH KEGEMARAN

Ditanya mengenai produk penjagaan muka kegemaran, Siti Saleha tanpa berlindung mengakui dia sangat menyukai L’Oréal Paris Centella Essence Water yang merupakan set rangkaian penjagaan wajah daripada L’Oréal Paris Revitalift.

Menurut Siti Saleha, L’Oréal Paris Centella Essence Water sangat sesuai dengan kulitnya kerana membantu memerangkap lembapan dengan menjadikan kulitnya lebih glowing dan tampak segar walaupun tidak mengenakan sebarang solekan pada wajah.

CANTIK MENAWAN DENGAN PRODUK L’Oréal Paris Revitalift

Nak kelihatan anggun menawan macam perlakon terkenal Siti Saleha semasa hari persandingan? Jom amalkan petua yang Siti Saleha kongsikan kat atas.

Jangan lupa juga untuk menggunakan produk penjagaan wajah daripada L’Oréal Paris Revitalift untuk membantu kulit kekal lembap, cerah dan tona lebih sekata. Kalau Siti Saleha pon approve, anda pula macam mana? Kena cuba tau!

Nak tau lebih lanjut tentang produk penjagaan wahah daripada L’Oréal Paris Revitalift ni, anda boleh terus klik kat sini. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×